بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 19 February 2013

kumpulan kata-kata indah




Kumpulan kata-kata Indah
ü   1001 gurauan belum tentu dapat mengukir 1 senyuman. tapi hanya satu sindiran sudah cukup melukakan.
ü   orang yang paling berkuasa ialah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
ü   mati adalah satu anugerah, kerana dengan mati kita perlu hidup.
ü   Bibir tidak perlu bersuara bila hati sudah mula bersuara.
ü   cinta itu ada dijiwa, bukan pada mata dan bukan pada harta. hidup ini akan lebih bererti sekiranya kita beri diri peluang untuk bercinta, dan merasai keperitannya daripada melepaskan segalanya.
ü   If only life is like a fairytale.
ü   daripada kesusahan itu akan diperoleh kemenangan dan kebaikan.
ü   hidup ini adalah berwarna-warni yang terlakar pada kanvas. walaupun tak cantik, tapi mempunyai sejuta maksud.
ü   ketika jiwa terlena, yang dekat selalu terasa jauh sedangkan ia terlalu dekat di hati.
ü   hidup bukanlah satu bebanan, tapi merupakan suatu anugerah yang harus dinikmati.
ü   kita pasti akan gagah, selagi kita terasa lemah, selama kita tunduk dan menyerah, pada kudrat dan kehendakNya.
ü   hidup ini akan lebih indah jika semuanya kerana Allah.
ü   Cuma pesanan yang dapat ku beri, andai jasad ini tiada lagi, Cuma semangat yang terus menanti, andai sinar nyawa dibawa pergi.
ü   penantian itu satu penyiksaan yang mengguris hati hingga luka.
ü   pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam setiap perbuatannya.
ü   manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi manusia gagal dalam merancang.
ü   mana yang lebih baik; seorang yang memacak 5 bendera, ataupun 5 orang yang memacak satu bendera?
ü   tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.
ü   semua hadir pada tempatnya, semuanya berlalu pada waktunya.
ü   minda kecil berbicara tentang manusia, minda sederhana berbicara tentang peristiwa, minda besar berbicara tentang idea.
ü   mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh dicapai.
ü   cinta adalah jambatan pelangi yang mengusik 2 hati yang jauh.
ü   siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta, siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia.
ü   ucapkan sekali sahaja, akan ku simpan di sepanjang hayatku.
ü   selagi angin terhembus, selagi itulah akan ku bisik kerinduan ini.
ü   indahnya bersapa dengan jelingan, lalu berbicara melalui renungan.

2 comments:

  1. karyanya indah banget. salut aku :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata-kata semangat dapat merawat jiwa2 yang kurang bersemangat :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...