بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Saturday, 23 February 2013

Lemak berlebihan undang penyakit


assalamualaikum.. :)

kata orang gemuk tu cute. kurus pula menawan. bergantung kepada pendapat seseorang. Bagi kelip-kelip, gemuk ke kurus ke semua cantik. tidak boleh perlekehkan ciptaan Allah. semuanya ada hikmah. cuma jika seseorang itu terlalu gemuk, sebenarnya boleh membahayakan diri. kebarangkalian untuk  mendapat penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi tu lebih besar. Jadi, tidak salah kita cuba turunkan berat badan sedikit demi sedikit. bukan tidak bersyukur dengan ciptaan Allah, tapi untuk mengelakkan daripada dijangkiti penyakit berbahaya. kelip-kelip dapatkan tip-tip ini daripada majalah keluarga, April 2012 untuk tatapan kita semua.

Penyelesaian:

  1. kurangkan makanan berlemak.
  2. pilih sumber protein rendah lemak.
  3. makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan.
  4. pilih makanan bijirin.
  5. elakkan daripada mengambil makanan yang berat pada waktu malam.
  6. lakukan senaman berkala.
  7. banyakkan minum air masak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...