بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 27 February 2013

Mari bersyukur


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
segala puji bagi Allah, yang memberikan pelbagai nikmat kepada kita semua.
kadangkala kita mengeluh kerana tidak bersyukur
dengan nikmat Allah.
kadangkala kita menangis kerana tidak berterima kasih di atas sesuatu kejadian oleh Allah
kadangkala kita meratapi nasib kerana tidak boleh menerima
sesuatu pemberian Allah...

namun kita tidak menyangka,
setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.
ada sesuatu yang Allah ingin kirimkan kepada kita.
ada hadiah daripada Allah kepada kita.
namun apa?

ia adalah syurga.
yang dijadikan oleh Allah buat hamba-hambanya yang sentiasa bersyukur.
ia adalah sebaik dan sesempurna tempat 
yang tiada bandingan dengan apa yang ada di atas muka bumi.
jom sahabat, mari kita bersyukur.
moga dengan syukur kita, lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah. Amin..:)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...