بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 11 March 2013

Jagalah kata


Assalamualaikum semua...

hari ni kelip-kelip nak kongsikan bab "jagalah kata".
orang kata sebab kata badan binasa.

tapi hari ni kelip-kelip nak beritahu satu perkara;
sebab kata kita ke syurga.
sebab kata juga kita akan diseksa.

hebatnya kata-kata, yang tajamnya lebih hebat daripada sebilah pisau.
tidak kiralah siapapun kita,
tingginya darjat kita, atau tingginya kedudukan serta pangkat kita,
jagalah setiap tutur kata.
Nabi Muhammad juga menggunakan perkataan yang baik-baik sahaja.
Memanglah kita bukan seperti baginda.
namun apa salahnya cuba sedaya upaya untuk menjadi seperti baginda Rasulullah.

kerana disitu letaknya nilai islam.
islam itu indah,
islam juga sukakan bahasa-bahasa yang indah,
yang enak didengar.
bukannya bahasa-bahasa buruk ataupun bahasa-bahasa menyindir yang mampu
mengguris hati banyak orang tanpa kita sedar.
kita ini islam. maka tunjukkan ciri-ciri muslim. :)
jaga bahasa, insyaAllah bahagia di sana.

InsyaAllah..:)


1 comment:

  1. kadangkala hati menjadi lebih keras daripada batu.
    kadangkala hati boleh jadi lembut, lebih halus daripada sutera.
    jadi jagalah hati kita dan jagalah hati insan lain. :) biarkan kita semua memiliki hati yang sihat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...