بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 17 March 2013

Kenangan itu..


AKU CIPTAKAN KENANGAN ITU DI SINI…
Hari berganti hari. Masa berganti masa. Waktu terus berlalu. Namun memori tetap setia. Hanya 3 bulan sahaja lagi untukku terus menanti, detik lakaran nilai persahabatan yang akan menyuburkan taman kenangan di hati.
Sedih tetap singgah di segenap ruang jiwa. Kosong tiada kata. Sunyi tiada derita.

Aku lepaskan mereka dengan keterpaksaan. Biarkan sedih itu menyendiri. Tidak ku izinkan kebahagiaan terakhir ini diragut oleh cebisan luka. Cebisan itu tidak pernah mampu memudarkan kasih sayangku pada mereka.
Kerana merekalah sahabatku, nadiku di kala susah senangku, kekuatanku di kala sedih tawaku.

Disegenap ruang itu ada mereka. walau terpisah jauh, mereka tetap di hati, tempat di mana mereka selayaknya ada… J aku berdoa, jika suatu hari nanti mereka menemui surat kecilku ini, ia adalah tanda bahawa aku tetap setia walau dimanapun jasad ini berada…

Sahabat untuk selamanya… 

                K.A.M.I  S.E.T.I.A

Gaya ini membuatkan aku gembira. Gaya ini membuatkan aku derita.
Kerana mereka sahabat. Ada kedua-duanya..:) 

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...