بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 25 April 2013

Narrative Journalism (Prof. Janet E. Steele)

Assalamualaikum...>_<

hari ni kelip-kelip ada bengkel tetang narrative journalism. bengkel ni menjemput penceramah dari luar negara, iaitu Profesor Janet E. Steele. Beliau ada memberikan tugasan yakni pemerhatian terhadap situasi dan kelip-kelip perlu mengarang satu berita berbentuk penceritaan. so, kelip-kelip memilih lokasi di rumah sewa kelip-kelip sendiri. watak yang dipilih ialah rakan serumah. hurmm,,,lagi senang la nak perhatikan..no dia hasil karya kelip-kelip: jom baca...

Prof. Janet E. Steele


Bunyi cengkerik malam itu langsung tidak mengganggu tumpuannya. Mata mula beralih ke arah skrin komputer setelah lama membaca serta menggariskan beberapa isi penting yang diperoleh daripada beberapa buah buku yang tebalnya lebih kurang 1 inci. Jari mula menari menaip setiap idea yang dikumpul menggunakan bahasa sendiri agar tiadanya unsur plagiat.

“Azie, malam ni kita keluar makan dekat Warung 2000 nak?” Ajak rakan serumahnya, Asma yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik. Mata yang tadinya asyik melihat skrin komputer dialihkan tepat ke wajah rakannya. Dia menggeleng. Ajakan Asma ditolak baik atas alasan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah Perancisnya. Katanya, dia perlu menyiapkan dua lagi tugasan yang perlu dihantar pada minggu ini.   
Air milo panas di dalam cawan diteguk perlahan. Anak mata terus bergerak dari kiri ke kanan, membaca setiap baris perkataan yang terdapat di dalam buku. Isi-isi penting digariskan. Idea yang diperoleh melalui sumber yang kredibel ditaip lagi seperti biasa. Namun, jari yang sebelumnya laju menaip maklumat berhenti secara mengejut. Pandangannya dialihkan pula pada Syiera, seorang lagi rakan serumahnya. “Patutkah dia menolak pelawaan Asma tadi?” Tanya Azie dengan kerutan di dahi. “Kesian pula pada dia. Bukan tak nak pergi, tapi banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan. Kalau tak pergi, nanti Asma berkecil hati pula.” Sambungnya. Nada suara kedengaran seperti rungsing.

Syiera yang tadinya sedang membaca keratan berita yang diberikan oleh Profesor Janet E.Steele memandang ke arah Azie. “Dia ajak aku pergi makan juga tadi. Tapi aku tolak. Lagipun pagi esok aku perlu hantar tugasan daripada Profesor Janet. Bimbang nanti tidak sempat menyiapkan tugasan itu. Kita pergi lain kali sahajalah.” Tanpa berkata panjang, mata dialihkan semula ke arah helaian kertas ditangannya.

Azie membaiki kedudukannya daripada kedudukan bersila kepada membelunjurkan kakinya. Bahunya di urut perlahan. Namun mata tidak lepas daripada terus membaca buku-buku yang terdapat di atas sebuah meja kecil. Sebuah demi sebuah buku di buka. Tidak cukup dengan itu, beberapa jurnal serta buku lain turut dibaca secara atas talian. Jari mula memainkan peranan seperti biasa. Menaip dan terus menaip maklumat. Daripada empat muka surat menjadi lima muka surat. Daripada lima muka surat menjadi enam muka surat. Begitulah seterusnya.

Jarum jam menunjukkan ke angka satu setengah. Mata yang tadinya bersinar kelihatan sedikit merah. Tersengguk-sengguk kepalanya, namun tangan masih lagi berusaha menaip sesuatu. Syiera yang tadinya sedang menyanyi sambil menyiapkan tugasannya tersenyum ke arah Azie. “Tidurlah dulu zie, esok sambung lagi. Tapi jangan lupa esok petang ada perbincangan untuk tugasan puan J.”

Azie memandang Syiera. Giliran dia pula tersenyum. Tanpa berkata buku ditutup satu demi satu. Kertas-kertas di tepinya disusun semula. Dia bangun lalu menggeliat. Nafas ditarik panjang setelah tubuh direbahkan ke atas katil. “Esok jangan lupa kejutkan aku awal sikit.” Pesannya. Syiera hanya mengangguk.

Mata ditutup perlahan. Namun mulut sempat lagi menuturkan sesuatu. “Bukan senang kalau nak senang.” Azie menarik selimut ke atas hingga menutupi bahagian kepala. Suasana menjadi sepi. Hanya kedengaran lagu “Hero” nyanyian oleh Enrique Eglasias yang dimainkan perlahan oleh Syiera.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...