بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 6 May 2013

Apple cinta


Hari ini genap lima bulan aku berkahwin dengan Syarif. Pertemuan yang tak disangka namun membuahkan percintaan. seperti cinta aku pada buah epal itu.

"Puan, puan beritahu je apple mana yang menjadi pilihan hati. Hijau, Merah, Separa merah?" 

"Aduiii. Banyak tanya pulak mamat ni. aku karate jugakkan.." bisik hati geram.

"saya nak hijau dan merah." jawabku malas.

"amboi, garang nampak. nampak tua muka puan nanti." usiknya.

"Suka hatilah!" aku menarik kasar plastik berisi apple itu. huh! memang tak mahu dah aku datang kedai ni. bikin panasssss!!!

setelah hampir dua bulan tidakku singgah lagi ke kedai itu membeli buah kegemaranku, tergerak hati untuk ke sana lagi. harap-harap mamat tu tak ada lagi. setahu aku, kedai tu dulunya milik mak cik Azah.tapi kenapa pulak hari tu mamat tu yang sibuk-sibuk nak menjual. agaknya anak mak cik Azah kot..aku kenal benar dengannya. diapun kenal sangat aku. mana tidaknya, setiap minggu terpacaklah tubuh aku depan kedai. sebabnya satu, nak beli apple kegemaran.

"Assalamualaikum mak cik.." tegurku lembut.

"Eh, waalaikumussalam Wirza. lama tak jenguk kedai mak cik. ke mana kamu sebelum ni?"

" Saya banyak kerja mak cik. tak sempat-sempat nak datang sini." tipu sunatku.

" ye la. ye la. ni nak beli warna apa pulak?" tanya mak cik azah. aku tergelak lucu.

" hari ni saya nak dua-dua warna. merah dan hijau."

tanpa membuang masa, mak cik Azah memasukkan tiga plastik apple. 2 warna merah dan satu plastik lagi berwarna hijau.

"eh, mak cik, saya nak dua plastik je. kenapa mak cik bagi sampai tiga ni?" tanyaku hairan. namun dia tersenyum,

" Ada orang kirim pada Wirza. mak cik cuma menyampaikan saja."

haishhh, siapa pulak ni. ni mesti mamat mulut murai tu. huh!!! sabar je la. aku mengambil plastik yang berada di tangan mak cik Azah.

" Terima kasih mak cik."

" sama-sama. jangan lupa buka plastik apple yang si dia kirimkan tu. mungkin ada nota cinta dalam tu." usik mak cik azah. aku tersenyum. pandai jugak ye kenakan aku. aku mengangguk. dalam hati mula bergolak, biar betul. memang ada surat ke dalam plastik ni...

(to be continue..:)  )

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...