بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 20 November 2013

Manjanya kaum Adam

 
 
kalau tengok dari gaya berjalan, wahhh Nampak sangat kuat,
mengalahkan The Rock mahupun John Abraham.
kalau dilihat susuk tubuh, Shah Rukh Khanpun boleh jatuh ke tangga ke tiga.
kalau dilihat suaranya yang garau, machonya melebihi Anuar Zain.
semuanya mereka.
Lelaki.
yang dirasakan oleh isteri sebagai pelindung.
 
Tetapi, tahukan kita bahawa kegagahan dan 'kemacholan' itu sebenarnya boleh
runtuh dek kerana orang yang disayangi mereka (isteri).
Mana tidaknya, si isteri balik lambat, rungsing bukan kepalang.
bagaikan nak rak dua tiga kali telefon isteri Tanya keberadaan mereka.
tanggungjawab diselaputi kemanjaan.
 
"kenapa balik lambat sangat. Abang tunggu tau."
 
wahhh...si isteri bukan main lagi, tak ingat dunia kalau balik kerja ditunggu si suami.
indahnya...
bila balik rumah pulak, ajak pulak makan sekali.
katanya;
 
"abang tak nak makan sorang-sorang. anak-anak je yang makan tadi. abang tunggu sayang balik."
 
Hurmm...nampaknya mancho itu tak la bertahan lama sangat.
manja jugak akhirnya.
bagi yang sudah berumahtangga, teruslah kecapi nikmat bahagia. jika ada salah faham itu maafkanlah. tiada yang sempurna.
bagi yang belum berkahwin, buatlah pilihan yang terbaik
kerana merekalah Adam yang akan membimbing kita ke syurga.
 
ikhlas: kelip-kelip


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...