بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Friday, 27 December 2013

Aurat wanita Muslim

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wanita-wanita indah ciptaanNya. Hari ni tergerak hati kelip-kelip untuk berkongsikan ilmu berkaitan aurat wanita muslim. Bukan kerana kelip-kelip "perfect", tetapi hanya wanita yang cuba untuk berubah sedikit demi sedikit. Seperti yang kita tahu, wanita diwajibkan menjaga aurat mereka kerana bahagian yang terdedah ataupun yang hanya dibalut seperti cempedak akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri. Ia mampu memancing pandangan lelaki (Ajnabi) untuk menjatuhkan pandangan mereka pada kita. Ia mampu juga membawa kerosakan kepada dunia. Mana tidaknya jika bilangan rogol dan mencabul golongan wanita dilihat semakin meningkat. Jadi peringatan ini saya rasa perlu untuk kebaikan kita semua. Sumber ini diambil daripada portal rasmi JAIS untuk bacaan kita semua. Have a look. :)



PAKAIAN DALAM ISLAM

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan        bayangan tubuh badan.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...