بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 25 December 2013

Awak pelengkap saya


Sama ada awak sedar mahupun tidak, sebenarnya awak pelengkap saya.
Saya boleh katakan awak pelengkap tangan saya, kaki saya dan paling penting awak pelengkap hati dan kehidupan saya.
Allah telah menghantar awak untuk menjadi suami saya, dan saya bahagia kerana memiliki pelengkap seperti awak.
Saya harap awak juga begitu. Bahagia bersama saya walaupun kadang-kadang saya banyak karenah. Tapi saya tahu awak selalu bersabar kerana "awakkan sayangkan saya."
Awak, terima kasih kerana menjadi iman saya untuk kita bersujud kepadaNya.
Terima kasih kerana membentuk saya dan juga buah hati kita dengan sebaiknya.
Terima kasih untuk setiap peluh awak menyara keluarga. 
Tiada yang dapat saya balas melainkan berusaha menjadi isteri solehah supaya awak tidak terdera di sana kelak dek kerana saya.
Sebab saya sayangkan awak sebagaimana awak menyintai saya.
Saya akan sentiasa sayangkan awak.
Kerana awak juga pembuluh darah saya yang sentiasa ada untuk saya.
Terima kasih Tuhanku kerana memberikan awak buat saya. 
Saya bersyukur.

Ikhlas: Kelip-kelip
khas buat pasangan yang sudah berkahwin. Semoga hubungan kalian sentiasa dirahmati Allah.
Doakan saya mendapat pasangan seperti kalian. Opsss... :) 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...