بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 29 December 2013

Bila Allah menyayangi, Allah menguji.


Benarlah, kata orang tua-tua,
jika kita ingin tahu tahap kecintaan seseorang pada kita, maka ujilah mereka.
Jika mereka gagal dan berpaling, maka cinta itu sebenarnya tidaklah sekukuh mana.
Namun jika dia bertahan dan terus sedia mencuba dan melalui segala ujian itu,
maka dialah cinta sebenar.

Begitu juga dengan Allah.
HambaNya berkata; "aku cintakan Allah dengan seadanya."
Allah sudah tahu tahap kecintaan mereka kepadaNya. Namun Allah ingin menguji cinta mereka 
melalui ujian. Ujian itu bukan untuk memberi sengketa. Bukan juga menzalimi hambaNya.
Namun ia sebenarnya menguatkan lagi rasa cinta 
rasa rindu untuk bertemu Allah, dan 
rasa sendu dalam memberitahu Allah, betapa ujian itu menandakan bahawa 
"aku disayangi olehMu."

Subhanallah...
jika diri ini tidak diuji, maka berasa bimbanglah.
kerana kita mungkin akan lalai dalam mengingati Allah.
Sebaliknya bersyukurlah ketika diberi ujian, kerana sebenarnya Allah menginginkan kita untuk dekat denganNya.
Bersimpuh dan bermanja denganNya.
Memberitahu Allah bahawa kita dalam kesusahan, dan kita sungguh menginginkanNya untuk membantu.

Pesona cinta Allah tidak terungkap dek hati.
Jika kita sering mengingati Allah, hati kita tidak akan mati.
InsyaAllah...
Yakinlah, Allah ada, Dia sentiasa membantu.

Ikhlas: Kelip-kelip

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...