بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 30 December 2013

Mutiara kata motivasi


Tapak kaki kita kalau sudah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa.
Tetapi kalau tapak kaki lembut, terpijak duri sedikit sahaja sudah berdarah.
Demikian jugalah hati, kalau ia sudah keras tidak terasa lagi salah jika berbuat dosa.
(Tok Guru Nik Aziz)

Apabila seseorang itu menyakiti kamu, berdoalah supaya kamu tidak melakukan sedemikian terhadap orang lain.
(Ustaz Azhar Idrus)

Lelaki dan perempuan itu adalah seperti dua sayap dari seekor burung.
Jika dua sayap sama kuatnya, maka terbanglah burung itu sampai ke puncak yang setinggi-tingginya.
Jika patah satu daripada dua sayap itu,
maka tidak dapat terbanglah burung itu sama sekali.
(Unknown) 

Perempuan yang banyak cakap dan banyak gelak adalah perempuan yang pendiam jika punya masalah dan banyak menangis dalam diam.
(Ustaz Azhar Idrus)

Wanita cantik itu:
Tetap tertawa walau sebenarnya dia ingin menangis.
Tetap tersenyum walaupun dia sebenarnya kecewa.
Masih kuat walaupun sebenarnya dia tidak sanggup.
Tetap sabar dan memandang segala yang baik-baik sahaja walaupun
dia sebenarnya terluka.
(Unknown)

Sindiranmu adalah penyemangat hidupku.
Aku akan selalu tersenyum. Tak akan marah kerana aku memegang prinsip,
"hidup perlu jalan terus."
(Unknown)

Saat kamu membandingkan dirimu dengan orang lain,
maka saat itulah kamu sedang merendahkan dirimu sendiri.
(Unknown)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...