بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 26 December 2013

Pesan Rasulullah (s.a.w) "Jangan Marah."


Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda; 

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”

Marah merupakan emosi negatif yang wujud dalam hati seseorang yang menyebabkan munculnya keresahan hingga menjadikan seseorang itu bersifat ganas dan tidak terkawal. 

Menurut Iman Al-Ghazali, punca-punca yang mewujudkan sifat marah adalah: 

  1. Rasa bangga diri (sombong).
  2. Takjub kepada peribadi sendiri.
  3. Suka bergurau senda berlebihan dan melampaui batas.
  4. Suka bercakap perkara sia-sia.
  5. Suka berbuat fitnah.
  6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara.
  7. Khianat.
  8. Tamak kepada harta dan pangkat.
  9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi.
Manakala menurut Dato' Dr Hj. Fadzilah Kamsah, kesan-kesan marah pada diri ialah;

  1. Mudah terkena jangkitan virus.
  2. Tulang menjadi rapuh terutamanya wanita.
  3. Mematikan Syahwat.
  4. Merangsang tabiat buruk.
  5. Wajah cepat hodoh dan tidak menarik.
  6. Geng syaitan.
  7. Pintu rezeki tertutup.
  8. Hati sentiasa kotor.
  9. Hidayah Tuhan tidak turun.
  10. Solat tidak khusyuk.
  11. Mudah hancur rumah tangga.
  12. Kasih sayang semakin pudar.
  13. Emosi anak-anak terganggu.
  14. Persahabatan mudah tergugat.
Cara menghilangkan rasa marah; 

-Berwudhuk

-Berdiam diri

-Meminum air

-Menyampaikan kemarahan secara positif

-Bawa bertenang dan menarik nafas secara dalam-dalam.

-Keluar dari rumah

-Ubah posisi kedudukan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...