بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 10 December 2013

Sahabat sejati sentiasa di hati.


Mencari rakan itu senang, mencari kawan itu yang sukar.
Mencari rakan ketawa itu juga senang, cuma mencari sahabat menangis bersama
itu yang sukar.
Bagaikan mengambil buah dipohon yang berserangga,
mungkin digigit dahulu sebelum dapat merasai buahnya yang ranum.
Kadangkala sahabat itu BANK.
mana tidaknya, merekalah kadangkala menjadi tempat untuk kita meminjam kewangan.

Kadangkala sahabat itu PAKAR MOTIVASI,
wahhh, mengalahkan Dr. Fadzilah Kamsah. Mana tidaknya, semua rahsia kita sama ada sedih mahupun gembira diceritakan kepada mereka. Every single thing? Tidak juga. Kita memilih perkara yang akan diceritakan. Kalau terlalu privasi, mungkin disemat kukuh dalam peti hati.

Kadangkala sahabat itu ATLET,
mana tidaknya, nak main badminton sahaja, mereka menjadi lawan.
Asal main bola sepak je, merekalah kumpulan lawan.
Asal nak main bola baling je, merekalah peneman.
Boleh dikatakan semuanya BOLEH. :)

Itulah sahabat, penyeri taman hati seseorang.
Bersahabatlah dengan ikhlas.
Tanpa mereka kita tidak mungkin menjadi kanak-kanak.
Tiada mereka, kita juga tidak terlalu dewasa.
 :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...