بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 29 December 2013

Ya Allah, hambaMu berdosa


Manusia sememang tidak boleh lari daripada melakukan dosa. Dosa sama ada 
yang disedari ataupun tidak disedari. Dosa sama ada dosa kecil mahupun dosa besar.
Manusia sememangnya tidak boleh lari daripada melakukan dosa.
Tetapi kita ada Allah yang sentiasa menunggu untuk memberikan pengampunan kepada hamba-hambaNya
yang mahu bertaubat.

Allah maha pengasih,
Kiranya 1000 kali kita melakukan dosa, Allah menyediakan 1001 pengampunan buat mereka yang
mahu pulang ke pangkal jalan. Betapa penyayangnya Allah pada hambaNya.
Walau seluas lautanpun dosa kita, yakinlah Allah sentiasa bersedia untuk menghampuskan dosa-dosa itu.

  Firman Allah taala, “Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu, bahawa sesungguhnya Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan bahawa sesungguhnya azabKu adalah azab yang sangat pedih.”
 (Al-Hijr:49-50)

“Allah taala telah berfirman ‘Sesungguhnya kasih sayangKu mengatasi kemarahanKu.” 
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Allah taala telah berfirman ‘Seorang hamba telah berdosa. Lalu dia berkata ‘Ya Allah ampunkanlah dosaku’. Lalu Allah taala berfirman, ‘HambaKu telah berdosa tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa.’ Kemudian dia melakukan dosa lagi, lalu berkata ‘Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku’. Lalu Allah taala berfirman, ‘HambaKu telah berdosa tapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa.’ Kemudian dia mengulangi melakukan dosa, lalu berkata, ‘Ya Allah ampunkanlah dosaku’. Lalu Allah taala berfirman ‘HambaKu telah berdosa tapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa. Telah aku ampuni hambaku, maka lakukanlah apa yang dia kehendaki.”
 (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Bukti kasih sayang Allah yang tidak pernah letih untuk memberikan pengampunanNya. Jadi kita tidak boleh berputus asa dalam memohon keampunan. 
Syurga Allah itu indah tiada tandingan.
Neraka Allah juga pedih tiada tandingan.
Semoga kita semua mendapat pengampunanNya. InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...