بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 27 February 2013

Islamic quotes

Bahasa-bahasa indah ini kelip-kelip ambil daripada banyak sumber untuk
tatapan kita semua. :)

i just collect all these quotes from many sources. Thanks to those who had make it. 
it will remind us to Allah..:)



























Mari bersyukur


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
segala puji bagi Allah, yang memberikan pelbagai nikmat kepada kita semua.
kadangkala kita mengeluh kerana tidak bersyukur
dengan nikmat Allah.
kadangkala kita menangis kerana tidak berterima kasih di atas sesuatu kejadian oleh Allah
kadangkala kita meratapi nasib kerana tidak boleh menerima
sesuatu pemberian Allah...

namun kita tidak menyangka,
setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.
ada sesuatu yang Allah ingin kirimkan kepada kita.
ada hadiah daripada Allah kepada kita.
namun apa?

ia adalah syurga.
yang dijadikan oleh Allah buat hamba-hambanya yang sentiasa bersyukur.
ia adalah sebaik dan sesempurna tempat 
yang tiada bandingan dengan apa yang ada di atas muka bumi.
jom sahabat, mari kita bersyukur.
moga dengan syukur kita, lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah. Amin..:)


Tuesday, 26 February 2013

smile makes you a day younger

smile makes people younger
smile give other people strong
and smile
make your heart feel better
so...please smile. it just an easy thing to do.
but it will give you thousands of benefits..:)











patient quotes


people...
i hope u will always be strong.
whatever comes that make u cry,
just be patient.
and always believe that
something that good will be happen later.
smile.
you are strong enough.
because you are the chosen one.










Aku sebutir pasir


Aku hanyalah sebutir pasir
yang letaknya di celah-celah ribuan pasir
kedudukanku tidak hanya pada satu tempat
kadangkala aku di bawa ombak
kadangkala aku di bawa angin
dan kadangkala 
aku di bawa pergi oleh derap kaki manusia

begitulah aku
ke laut sudahku, ke darat sudahku, ke udara sudahku
layar...
semua itu pengalaman
di air ku bertemu rindu
di darat ku bertemu cinta
di udara ku bertemu harapan

semua itu adalah kenangan
yang pastinya anugerah Tuhan
buat seseorang yang bergelar insan

original by: Kelip-kelip
(meteorahaslinda.blogspot.com)

Monday, 25 February 2013

Gugurnya sehelai daun

Assalamualaikum...



"Gugurnya sehelai daun". walaupun hanya satu tajuk yang ringkas, tetapi ia membawa pelbagai maksud dan drama alam. kehidupan manusia boleh diadaptasikan melalui sehelai daun, yang mulanya mengeluarkan pucuk nan hijau. kemudian membesar dengan pelbagai kepentingan. Bila ia mula menguning, proses kehidupannya menjadi semakin lemah dan semakin lemah, akhirnya ia jatuh menyembah bumi.

Begitu juga dengan manusia. yang dilahirkan menjadi seorang bayi, yang masih lagi sedang mencari sifat bagi menyempurnakan mereka untuk menjadi seorang khalifah Allah. Bila mana mula dewasa, kematangan telah memperbanyakkan aktiviti hidup. Bila mana tulang semakin lemah, maka perjalanan kian lemah. Namun fikiran tetap subur dan aktif mengingati pencipta yakna Allah yang senantiasa kekal. Akhirnya nafas dihembuskan perlahan meninggalkan oksigen alam.

setiap benda yang bernyawa akan bertemu pengakhirannya. semoga kita semua tidak lalai mengejar emas-emas dunia yang terbukti sementara. :)

Sunday, 24 February 2013

Jodoh oleh Allah melalui pelbagai cara

Assalamualaikum semua..



eh, kejap...hari ni lupa la nak senyum. so nak senyum la dulu. :) :) :) :)
oppssss,...dah terlebih senyumnya.
hari ni kelip-kelip nak kongsikan something berkaitan jodoh.
jodoh tu sememangnya milik Tuhan dan sememangnya juga ditentukan Allah.
bagaimana Allah menemukan kita dengan seseorang yang sudah ditentukan untuk berdamping dengan hidup kita?

Jodoh Allah melalui pelbagai cara.

Ada seorang sahabat kelip-kelip yang memang setia. tapi suatu hari nak dikatakan tidak ada jodoh, mereka putus. tapi, bila Allah kata jodoh antara mereka masih panjang, maksudnya mereka berdua akan bertemu kembali. akhirnya nak dijadikan cerita, kawan kelip-kelip ni nak mohon ke satu jabatan bagi latihan industri. yang dibimbangkan olehnya, orang yang akan mengambilny bekerja adalah ayah kepada bekas kekasihnya. sweetkan...

nak tahu cerita selanjutnya PM kelip-kelip. hehe :)

cuma kelip-kelip nak beritahu kalian semua, kadangkala orang yang di tepi jalan, yang kita tak sengaja langgarpun boleh jadi jodoh kita. yang berkenalan dekat facebookpun boleh dirikan rumahtangga dan alhamdulillah mereka bahagia. Indahnya jalan hidup yang Tuhan tanda buat kita. yang paling penting, sama-sama doa dan sama-sama usaha. semoga kita semua dipertemukan seseorang yang terbaik buat kita.insyaAllah...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...