بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 28 April 2013

Dan kami wanita, bukan betina


aku wanita,
dia wanita, 
kami wanita...

aku bukannya betina, yang khilaf seperti kau sangka
Dia bukan betina, yang gugup dengan senjata dunia
kami bukan betina, menyerah tanpa berkata



Loyalty

"Distance doesn't matter...
if two heart loyal to each other"

A person who deserves my loyalty receives it.




Background for Blog

Haaaa....Assalamualaikum...
pening mencari background untuk blog anda?
hehe..jangan risau, hari ni kelip-kelip ada beberapa contoh gambar latar yang boleh dijadikan background blog anda..:) so choose your choice...

kalau gambar latar warna merah, waaaw, nampak lebih berani. 
tp warna tulisan perlu disesuaikan la eak...cth: Hitam

Kata orang, hitam itu menawan..:)

full of color...menunjukkan anda seorang yang ceria. 

yang ni pulak nampak simple, tapi kalau skali pandang nak pandang lagi..:)

yang ni pun simple. tak banyak sangat warna.

hurmm...yang ni jangan kata la. memang berseri-seri la blog anda.

look classic. but i love it..:)

Thursday, 25 April 2013

Narrative Journalism (Prof. Janet E. Steele)

Assalamualaikum...>_<

hari ni kelip-kelip ada bengkel tetang narrative journalism. bengkel ni menjemput penceramah dari luar negara, iaitu Profesor Janet E. Steele. Beliau ada memberikan tugasan yakni pemerhatian terhadap situasi dan kelip-kelip perlu mengarang satu berita berbentuk penceritaan. so, kelip-kelip memilih lokasi di rumah sewa kelip-kelip sendiri. watak yang dipilih ialah rakan serumah. hurmm,,,lagi senang la nak perhatikan..no dia hasil karya kelip-kelip: jom baca...

Prof. Janet E. Steele


Bunyi cengkerik malam itu langsung tidak mengganggu tumpuannya. Mata mula beralih ke arah skrin komputer setelah lama membaca serta menggariskan beberapa isi penting yang diperoleh daripada beberapa buah buku yang tebalnya lebih kurang 1 inci. Jari mula menari menaip setiap idea yang dikumpul menggunakan bahasa sendiri agar tiadanya unsur plagiat.

“Azie, malam ni kita keluar makan dekat Warung 2000 nak?” Ajak rakan serumahnya, Asma yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik. Mata yang tadinya asyik melihat skrin komputer dialihkan tepat ke wajah rakannya. Dia menggeleng. Ajakan Asma ditolak baik atas alasan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah Perancisnya. Katanya, dia perlu menyiapkan dua lagi tugasan yang perlu dihantar pada minggu ini.   
Air milo panas di dalam cawan diteguk perlahan. Anak mata terus bergerak dari kiri ke kanan, membaca setiap baris perkataan yang terdapat di dalam buku. Isi-isi penting digariskan. Idea yang diperoleh melalui sumber yang kredibel ditaip lagi seperti biasa. Namun, jari yang sebelumnya laju menaip maklumat berhenti secara mengejut. Pandangannya dialihkan pula pada Syiera, seorang lagi rakan serumahnya. “Patutkah dia menolak pelawaan Asma tadi?” Tanya Azie dengan kerutan di dahi. “Kesian pula pada dia. Bukan tak nak pergi, tapi banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan. Kalau tak pergi, nanti Asma berkecil hati pula.” Sambungnya. Nada suara kedengaran seperti rungsing.

Syiera yang tadinya sedang membaca keratan berita yang diberikan oleh Profesor Janet E.Steele memandang ke arah Azie. “Dia ajak aku pergi makan juga tadi. Tapi aku tolak. Lagipun pagi esok aku perlu hantar tugasan daripada Profesor Janet. Bimbang nanti tidak sempat menyiapkan tugasan itu. Kita pergi lain kali sahajalah.” Tanpa berkata panjang, mata dialihkan semula ke arah helaian kertas ditangannya.

Azie membaiki kedudukannya daripada kedudukan bersila kepada membelunjurkan kakinya. Bahunya di urut perlahan. Namun mata tidak lepas daripada terus membaca buku-buku yang terdapat di atas sebuah meja kecil. Sebuah demi sebuah buku di buka. Tidak cukup dengan itu, beberapa jurnal serta buku lain turut dibaca secara atas talian. Jari mula memainkan peranan seperti biasa. Menaip dan terus menaip maklumat. Daripada empat muka surat menjadi lima muka surat. Daripada lima muka surat menjadi enam muka surat. Begitulah seterusnya.

Jarum jam menunjukkan ke angka satu setengah. Mata yang tadinya bersinar kelihatan sedikit merah. Tersengguk-sengguk kepalanya, namun tangan masih lagi berusaha menaip sesuatu. Syiera yang tadinya sedang menyanyi sambil menyiapkan tugasannya tersenyum ke arah Azie. “Tidurlah dulu zie, esok sambung lagi. Tapi jangan lupa esok petang ada perbincangan untuk tugasan puan J.”

Azie memandang Syiera. Giliran dia pula tersenyum. Tanpa berkata buku ditutup satu demi satu. Kertas-kertas di tepinya disusun semula. Dia bangun lalu menggeliat. Nafas ditarik panjang setelah tubuh direbahkan ke atas katil. “Esok jangan lupa kejutkan aku awal sikit.” Pesannya. Syiera hanya mengangguk.

Mata ditutup perlahan. Namun mulut sempat lagi menuturkan sesuatu. “Bukan senang kalau nak senang.” Azie menarik selimut ke atas hingga menutupi bahagian kepala. Suasana menjadi sepi. Hanya kedengaran lagu “Hero” nyanyian oleh Enrique Eglasias yang dimainkan perlahan oleh Syiera.



Tuesday, 23 April 2013

Ceriakan hatimu

kata orang, bila hati dah ceria aura seri naik ke wajah.
tak payah guna bedak sejuk ataupun produk kosmetik yang lain.
apa yang paling utama, memiliki hati yang ceria
nak memiliki hati yang ceria pula tak boleh dipaksa-paksa. bukan senang tau.
namun ada caranya. 
so........... nak tau tak apa caranya.
scroll ke bawah, anda akan ketemu caranya.
khas daripada kelip-kelip...:)

1) Teruskan tersenyum walaupun anda ada masalah. semua orang ada masalah...:)

2) Makan benda-benda yang manis. macam coklat. coklat dapat menenangkan fikiran. tapi jangan pulak terlebih makan. lain pulak jadinya nanti.

3) kongsikan masalah bersama rakan. takpun tulis dalam diari ataupun blog. tak nak orang baca? private la syg...

4) Dekatkan diri pada Allah. Dia satu-satunya yang boleh tenangkan hati kita.

5) lawati tempat-tempat yang boleh berikan anda ketenangan. contohnya, pantai..

dah tau tip-tipkan?? sooo..apa tunggu lagi. try practise...:)

Tip hilangkan jerawat

Jerawat...jerawat..jerawat...
mmmm...kelip-kelip tahu, memang ia menjadi satu kerunsingan dan satu masalah bagi kaum hawa..ehhh...helooo, kaum adampun ada jugak yang tertekan tau, ekoran jerawat yang melambak dekat muka. tapi, jangan risau. Ada jalan penyelesaiannya tau. tak kiralah sama ada menggunakan rawatan moden atau tradisional. haa.a...ni dia, kelip-kelip nak share beberapa tip untuk kurangkan jerawat di muka kita. kalau nak hilangkan terus memang ambik masa la. so, bole try hilangkan sikit-sikit.



Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Monday, 22 April 2013

"Show me love" campaign


"Show Me Love" merupakan satu kempen yang bakal diadakan oleh kelip-kelip bersama rakan-rakan yang lain. ia merupakan satu kempen yang melibatkan warga Unimas serta warga emas sekitar Kuching

Baju ni direka khas oleh tim. Nice job tim.
kempen ini merupakan kenangan terindah buat kami semua.

when you give one, it will stay in people's heart forever..

ni ada beberapa lagi gambar berkaitan kempen kami..


 

 

Bara2 bere with azie and syiera..:)muahhxx...

 
with my suiiiitessstt housmate, azielah. dialah satu-satunya kawan yang suka gaduh dengan kelip-kelip. kelip-kelippun suka jugak cari gaduh dengan si suweet ni..hihi...tp biarkan pergaduhan manis tu kekal menjadi kenangan buat kami...ada sorg lagi, namanya faz...ala..tp xde gambar la pulak. :)

 
ni pulak mak ngah, saya memang tak nak cari gaduh dengan dia. sebab dia lembut sangat. Apa?? nak berkenalan dengan dia???
ishhh...tak boleeeee....dah ada pakwe kot..syyyyy..jangan bagitau sape-sape eak.

 
ni K.A.M.I

Friday, 19 April 2013

Freedom of Love

what do you think about freedom?
freedom is "we can do, something that we want"
but let say, if you have your ability to change something,
but at the end, you can't change it.
do you still believe that you have a freedom?

sometimes, 
im so sad when we can't change people's heart
to miss us like we want.
we had try so many ways so that someone will miss us.
but they actually not.

:) but its okay.
for kelip-kelip, i think i already have my own freedom
freedom to try and freedom to love.
although he is not mine, but it's okay. 
i can go on. as long as i believe that 
Allah know better than me.

they way 
the step
the secrect 
i don't know, but Allah know
and im waiting for that..

peace.... :)


Thursday, 18 April 2013

ku lepaskan dia pergi




Kenangan itu semakin menjauh…
Jauh dan terus jauh meninggalkanku…
Jangan Kau biarkan hatiku menjadi kekapas cinta
Yang terbang digunung sahara tanpa haluan, walau punya hajat.
Jadikan aku batu yang kukuh
Letaknya dibumi, gagal diterbangkan angan…
Suburkan yakinku pada suratanMu…
Jernih tanpa kekusutan minda yang sentiasa ligat
Merindui bayu melangkah laju
Laju meninggalkanku…

Monday, 15 April 2013

Don't judge me

Assalamualaikum...

Hari ni kelip-kelip nak tanya, pernahkah kita judge orang lain yang kita kenal ataupun kita tak pernah kenal,
mungkin yang kita tengok tengah jalan dengan rakan mereka.
atau kita judge orang yang pertama kali kita kenal.
 
kelip-kelippun pernah jugak judge orang.
contoh kalau kita senyum, tapi dia tak balas senyuman kita.
mesti kelip-kelip kata "eee, sombongnya dia..."
haaisshhh, sebenarnya tak elok la kelip-kelip ni nak judge orang...
mungkin dia tak nampak kita senyum kat dia.
boleh jadi jugak.
 
sooo, mulai hari ni kelip-kelip dah nak cuba buang sikap judge menjudge orang ni.
kitapun tak suka kalau orang judge kita.
kalau judge yang baik-baik tak apalah jugak.
tapi kalau judge kita dengan keburukan, mana la kita tak naik anginkan....
 
so.sebelum kita judge orang, kita kena kenal dulu mereka.
mungkin mereka lebih baik daripada apa yang kita fikirkan.
:) peace.....hihi
 

 

Skrip cinta dari Tuhan

Assalamualaikum...

"Cinta itu anugerah
kerana cinta juga aku pasrah"
 
haa,,,,,kenapa senyum-senyum tu..
ni mesti pernah bercintakan? atau dah pernah merasai pahitnya putus cinta?
Hurmmmmmm....jangan pulak kita mengeluh dek kerana cinta yang tidak panjang.
kalau difikirkan semula, ada hikmah Allah tidak meletakkan namanya di luhmahfuz.
mungkin kerana kebersamaan kita dengannya
atau mungkin kerana perbezaan kita dengannya
 
apa yang penting,
teruskan bersedekah dengan senyuman anda,
kerana sedekah itu mampu meleraikan rasa sedih kita
pasrah dengan ketetapan Allah adalah lebih baik
Dia tahu segala-galanya
aturan kehidupan ini adalah skrip cinta Allah pada kita.

jadi kenapa kita nak sedih-sedih lagi...
Aturan Allah itu lebih baik daripada aturan manusia.
@_________@
 
 
 
 



Sunday, 14 April 2013

Biarkan dia menjauh

Assalamualaikum...



Ramai yang bertanyakan kelip-kelip,
pernahkan kelip-kelip mengalami perasaan kecewa.
mestilah pernah...
tak kiralah kecewa dari segi apapun. dan yang paling penting, kecewa bila apa yang terlalu kita inginkan, kita tak dapat menjadi pemiliknya.
sebab itulah, jangan biarkan hati kita terus kecewa.
kelak makan hati pulak. tak ada mood nak buat kerja la. tak nak makan la. tak nak itu dan ini. semua tak nak.

jangan la sampai macam tu sekali kita melayan perasaan kecewa kita.
apa? kecewa sebab cinta???
heeee... cinta tu memang la manis kalau tak gaduh. tapi pahit bila dah break.
apa yang penting, cuba jangan biarkan emosi mengawal akal dan diri.
cari cara untuk keluar daripada terus ditindas oleh perasaan kecewa membuak-buak.

ada caranya.......yang penting kita. kita nak ke tak nak.
yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.
malahan yang baru tumbuh dan yang datang berganti mungkin lebih baik daripada sebelumnya.
kita kena yakin.

yakin akan membuatkan anda bahagia
yakin menghilangkan rasa kecewa.
chayok2...:)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...