بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 14 July 2014

Sifat Rasulullah yang harus diteladani


"Tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam."
(Surah Al-Anbiya: 107)

Penghulu kita yakni Nabi Muhammad (S.A.W) merupakan seorang yang penuh dengan
tertib dan kebaikan, serta memiliki sifat-sifat yang terpuji yang sepatutnya diteladani.
Sifat-sifat terpuji yang baginda miliki inilah yang menyebabkan berlakunya
perubahan besar terhadap umat manusia terutamanya masyarakat
arab pada zaman jahiliah.

Antara sifat-sifat terpuji Rasulullah (S.A.W) ialah:

- Menjaga tutur kata/perkataan

Setiap perkataan yang dituturkan oleh Rasulullah s.a.w sememangnya bernilai dan bagus
Baginda tidak mengucapkan perkataan-perkataan yang menyakitkan hati insan lain. Malah baginda
terlalu menjaga perasaan sahabat baginda dan insan lain.
Rasulullah tidak menuturkan perkara yang sia-sia/tidak bermanfaat.

- Sentiasa berzikir dan memuji Allah

Walaupun rasulullah s.a.w telah dijanjikan syurga oleh Allah, namun baginda tetap berusaha dengan sebenar-benarnya untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak kira siang atau malam.
Mulut baginda sentiasa basah dengan zikir. Jika baginda melihat keindahan alam,
baginda tidak hanya melihat, tetapi baginda berfikir tentang kebesaran dan keesaan Allah s.w.t.

Kita pula bagaimana?

- Sentiasa sabar

Dugaan demi dugaan, cabaran demi cabaran yang Allah berikan tidak pernah sesekali baginda kesali
malah ia makin merapatkan hubungan baginda kepada Allah. Dalam kisah-kisah terdahulu banyak menceritakan mengenai tindakan buruk oleh masyarakat jahiliah yang menentang baginda
dalam menyebarkan islam.
Namun baginda tidak pernah putus asa dan terus berusaha sehingga tersebarnya islam.

- Sen



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...