بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 18 August 2014

Keikhlasan

(Kad ucapan hari lahir dari anak buah kelip-kelip)

Keikhlasan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dibaca oleh mata kasar, tidak juga dirasa oleh fizikal. Tetapi akan dinilai Allah dan diberi ganjaran. Keikhlasan kadangkala dibatasi oleh rasa riak. Tatkala riak menjadi raja,maka hilanglah keikhlasan.
(Nauzubillahi minzalik.)

Apa kaitan ikhlas dgn gambar kad ucapan itu?
walaupun dilihat comot namun pengkaryanya yakni anak buah kelip-kelip ikhlas menghasilkannya hingga ia menjadi satu kad yg terbaik yg pernah kelip-kelip terima.Dari siang hingga ke malam bertungkus lumus mengeja setiap perkataan yg sebenarnya banyak mengajar kelip-kelip tentang makna "ikhlas".

biarpun nilai barangan itu tidak mahal, tetapi nilai ikhlas itu tidak mampu ditandingi wang ringgit. 
Dalam kita membuat kebaikan atau memberi kebaikan pada individu lain, perlu ada keihkhlasan dan bukan sesekali riak atau menunjuk-nunjuk.
Nilai ikhlas itu pahala, 
Nilai riak pula dosa.
Moga hati kita ditempatkan bersama hati orang-orang yg ikhlas. Amin.InsyaAllah.

Ikhlas: kelip-kelip



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...