Aku cuba yang terbaik
mungkin itu adalah permulaan bagi setiap sesuatu. Permulaan itu tidak semuanya bagus.
Mungkin memerlukan sedikit pengorbanan dan kesabaran.
Nak merasa manis, rasa durinya dahulu.
Jangan cuba mengalah dalam setiap sesuatu.
Dugaan pasti ada sebagai baja pada hati yang rapuh.
sabar dan cuba
dan sabar dan cuba
dan tawakkal.
Namun jika masih belum terjadi,
terjadi apa yang diharapkan,
berpalinglah kebelakang seketika. Bukan mengalah tapi menghilangkan lelah
namun jangan melangkah ke belakang,
kerana orang yang melangkah ke belakang tidak akan pernah capai keinginan.
cuba lagi, mungkin belum sampai masanya.
jika masih gagal,
pasrah lah hati, bukan mengalah cuma berbalik kepada kebenaran
bahawasanya sukar untuk penuhi semua keinginan manusia,
usah fikir lagi
cuma fikirkanlah, puaskanlah Allah,
patuhi semua kehendak Allah, tak susah namun tak senang
tapi usahalah
Allah tidak pernah mengecewakan hambaNya.
Ikhlas: Haslinda