بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 19 March 2015

Tip-tip membina rumahtangga bahagia


Setiap pasangan yang telah berumahtangga pastinya tiada yang lain yang diimpikan melainkan sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan terus bahagia hingga ke syurga. Bagi membina sebuah keluarga yang kukuh bukanlah mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Namun ada beberapa tip yang boleh dijadikan amalan untuk kita sbg suami atau isteri, dan antaranya ialah:

(SUMBER: DR. FADHILAH KAMSAH)


  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami yang terlupa.
  • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan yang terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
  • Setiap hari pulang dengan senyum yang bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
  • Telefon isteri ataupun hantar sms pada isteri untuk menyatakan bahawa anda sayang padanya. Ataupun rindu padanya. Isteri akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  • Hiburkan isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat-menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayah Tuhan. Elakkan daripada berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
  • Ajak isteri mandi bersama sekali-sekala.
  • Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
  • Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan perhubungan dan menyelesaikan masalah.
  • Didik isteri dengan memberi peringatan secara hikmah. Elakkan cakap tak serupa bikin.
  • Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
  • Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. 
  • Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih-sayang.
  • Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.
  • Jadikan Nabi Muhammad (S.A.W) sebagai model. 











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...