بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 8 April 2015

Sentiasa rendah diri & Sentiasa positif

Gambar: Internet

Rendahkanlah hati kita, jika suatu hari kita diberikan ketinggian harta.
Rendahkanlah hati kita, jika suatu saat kita dikurniakan ketinggian pangkat.
Rendahkanlah hati kita, jika suatu masa kita dilimpahkan banyak kelebihan diri.
Tiada ertinya kita membongkak, mendabik dada
kerana semua yang kita ada, semua yang kita dapat
adalah milik Allah S.W.T

Sekalipun tidak diberikan harta
sekalipun tidak mendapat pangkat
sekalipun kurang kelebihan diri berbanding yang lain,
sentiasalah positif, 
tiada ertinya kita mengeluh kerana semuanya milik Ilahi,
yang paling penting, cuba perbaiki diri.

sentiasa bersyukur di atas setiap kurniaan Allah, kerana
jika adanya rasa syukur dalam hati, tidak akan ada yang mendabik dada dan 
tidak akan ada yang tunduk kecewa.

Coretan Asal: Haslinda Daraman
8 April 2015
Rabu
10:45 Malam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...