بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan, jumpa lagi


Pejam celik pejam celik, sudah sampai pertengahan tahun 2015
terasa singkat masa tanpa kita sedari
dan alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk merasa nikmat bulan ramadhan.
Ramadhan tahun lepas membuatkan kita terfikir sama ada masih punya peluang
atau tidak untuk menikmati ramadhan kali ini.
Allah. Allah. Allah, masih diberi peluang.

Jika ramadhan tahun lepas, banyak kelonggaran ruang yang tidak diisi atau
dengan kata lain mungkin hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja, harapan kali ini moga setiap
ruang yang ada sebulan pada ramadhan 2015, diisi dengan perkara-perkara
yang menggandakan pahala buat kita semua.

Kali ini juga, 
dengan detik dan ruang yang ada, ku mohon beribu kemaafan untuk semua keterlanjuran
kata dan perbuatan yang menyakitkan.
Lumrah diri, yang fizikal sudah diciptakan sempurna
cuma sifat sahaja yang seringkali longlai dek hasutan jin, syaitan dan dunia
nauzubillahiminzalik.

18/6/2015
Ramadhan, jumpa lagi

2 comments:

  1. Replies
    1. Salam Ramadhan nur, moga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...