بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 3 August 2015

Allah sebaik-baik pelindung


Dalam hidup kita, kita diuji dengan pelbagai jenis ujian.  Besar kecil ujian yang dihadapi tiadalah sama dengan individu lain. Tapi sifat yang dibawa oleh ujian itu sama, iaitu untuk menguatkan lagi hati. Juga mendekatkan lagi hati dan diri kepada Allah.

Tanpa kita sedar, 
Tiap hari juga kita melakukan dosa 
Dosa yang disengajakan mahupun tidak. Jadi tidak hairanlah jika ujian juga datang bertimpa-timpa. 
Kerana dosa-dosa juga kita buat bertimpa-timpa.

Ujianlah sebagai bentuk pengampunan Allah di atas segala dosa yang pernah kita buat. Bila dugaan datang, hati kita akan ingat Allah.
Tanpa dugaan kita terus lalai tidak memikirkanNya.
Dengan cara inilah, Allah gunakan bagi mengembalikan kita kepangkuanNya.
Tunduk dan bersujud kepadaNya.

Usahlah kita terus sengsara meratapi dugaan
Malah bersyukur kerana Allah masih mahukan kita untuk terus menerima hidayah.
Semakin Allah sayang, semakin Allah uji.
Usah ragu dengan kasih sayang Allah, 
Pastinya tiada tandingan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...