بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 25 June 2015

Be Brave!


Be brave even if you are not, Pretend to be.
No one can tell the difference.

Life doesn't get easier, you just get stronger.

Beautiful girl, you can do hard things.
so just be brave.

When life gives you something that makes you feel afraid, 
That's when life gives you a chance to be brave.

Being brave means doing what you are afraid to do.

Show me how big your brave is.


Friday, 19 June 2015

Dia, Ayah


Ini ayah
ini ayahku.
ku lihat lengannya gagah bagaikan hero
itu bukan kerana kerapnya ayah ke gym
tapi kerapnya ayah bekerja untuk kami sekeluarga.

Ku lihat matanya,
tajam bagaikan professor,
tapi bukan kerana status itu, tapi kerana tajamnya penglihatan
dalam meneliti dimana lagi kekosongan yang perlu diisi untuk melengkapkan lagi
kebahagiaan kami.

ku lihat lagi, dan ku lihat lagi
ternyata disinilah ada kekuatan yang tidak mampu diberi individu lain

seperkara yang membuatkan daku seringkali sedih dan gembira
hanya dia satu-satunya yang sering menyatakan
masakanku yang masin itu "sedap."

ya Allah betapa aku diberikan kasih sayang yang cukup darinya.
aku bersyukur dengan pemberian ini
pemberian yang tidak mungkin diganti. 

ikhlas tulus dariku
penulis
19/06/15

Thursday, 18 June 2015

Stronger than yesterday


People might say "keep walking" or "move on" or "be strong"
to make someone feel better.
But how they actually feel is "bad" or "loser" or "tired" or "fallen"
Naturally, people in a bad situation cried because that is one of therapy.
Doesn't mean they are lost.

when you are in this situation,
just cry because you know, you will be better after it.
but please, don't say that you will never ever be stronger again
because you are "hero" for yourself
and hero will not fail in any test.
But sometimes they just rest to get more energy and to recharge the power.
:)

Never ever say "i surrender" or "will be surrender"
You have been walk for long time 
so keep walking because there are sooo many good things in a future.  

Ini hatiku.


Diari atau blog itu kebiasaannya dikaitkan dengan hati dan kehidupan
yang mana isinya penuh dengan cerita dan perasaan.
Pengisian yang kekal dalam dunia maya mengingatkan kita pada sesuatu yang
telah terjadi dalam hidup.

getir, perit, sedih, gembira,
semua kita catitkan di dalamnya. Sesetengahnya sebagai perkongsian
dan sesetengahnya lagi sebagai ubat
bila hati dan perasaan tidak mampu untuk ditutur,
dicalit ayat demi ayat sebagai terapi.

Di sini perkongsianku untuk diri dan untuk mereka yang singgah
atau tersinggah. :)
Tak mampu untuk bersuara lagi
dek kerana itu kata-kataku ada di sini.


Jadilah diri sendiri


 Sesetengah individu kadangkala terlalu obses untuk menjadi orang lain
kerana bagi mereka, diri mereka itu kurang menarik atau menonjol dibanding dengan
yang lain, yakni orang yang mereka impikan.

Padahal saya percaya, 
kemungkinan orang yang kita impikan untuk jadi seperti mereka
sebenarnya mahu menjadi diri kita. Ya, tapi kita tidak sedar.

Kita memerhatikan mereka
dan mereka memerhatikan kita.
kita cuba menjadi seperti mereka
dan mereka berusaha untuk menjadi seperti kita.

Sesungguhnya kita rugi dalam menilai diri kita sendiri
kerana itulah tidak ada rasa bersyukur untuk setiap yang kita perolehi.
Malang sekali.

Jadilah diri sendiri,
Rugi tidak menjadi "ori" kerana ramai diluar sana
yang mahu "copy" diri mereka untuk menjadi kita.

Wednesday, 17 June 2015

Dia, bukan jodoh kami


Bila suratan itu kita terima dengan penuh redha,
hati akan miliki satu kelapangan dan penerimaan.
cuma jika ia tidak menerima setiap takdir, itu yang membuatkan hati sesak
mahu juga sesuatu yang tidak ditakdirkan.

Mahu tidak mahu, redha tidak redha, 
perlu juga redha dengan qada dan qadar Allah, bahawasanya
setiap yang ditulis untuk kita, itu adalah yang terbaik

"kita merancang dan tanpa kita sedari Allah juga merancang,
dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah."

Allah jadikan jutaan manusia dengan jutaan sifat.
Maka teruskan berdoa dan berusaha untuk ditakdirkan bersama orang lain
yang lebih baik, dan lebih memahami kita.
Mungkin yang kita idam-idamkan sebenarnya tidak mampu untuk menahan dan bersabar
dengan karenah kita. Siapa tahu :)

Allah sentiasa terbaik.

Silence is the most powerful scream


when no words,
when no tears,
when no voice...

You will be in silence mode. When you think silence is the best way to repair everything.
or to upgrade something.
or to tell them that you are tired and you need time to be alone.
and you will never be the same again.

Ramadhan, jumpa lagi


Pejam celik pejam celik, sudah sampai pertengahan tahun 2015
terasa singkat masa tanpa kita sedari
dan alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk merasa nikmat bulan ramadhan.
Ramadhan tahun lepas membuatkan kita terfikir sama ada masih punya peluang
atau tidak untuk menikmati ramadhan kali ini.
Allah. Allah. Allah, masih diberi peluang.

Jika ramadhan tahun lepas, banyak kelonggaran ruang yang tidak diisi atau
dengan kata lain mungkin hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja, harapan kali ini moga setiap
ruang yang ada sebulan pada ramadhan 2015, diisi dengan perkara-perkara
yang menggandakan pahala buat kita semua.

Kali ini juga, 
dengan detik dan ruang yang ada, ku mohon beribu kemaafan untuk semua keterlanjuran
kata dan perbuatan yang menyakitkan.
Lumrah diri, yang fizikal sudah diciptakan sempurna
cuma sifat sahaja yang seringkali longlai dek hasutan jin, syaitan dan dunia
nauzubillahiminzalik.

18/6/2015
Ramadhan, jumpa lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...