بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 23 February 2016

Kalau aku rebah, Mohon kuatkan.


Ujian itu kadangkala seperti hujan yang merintik
walaupun tidak banyak tapi boleh membasahkan.
Ujian itu kadangkala seperti salji
banyak dan boleh membekukan
Ujian itu adakalanya seperti ribut dan taufan
banyak dan mampu menghilangkan.

Walau bagaimanapun jenis ujian itu
kesamaannya ialah diri kita sendiri
sama ada untuk rebah mengalah
atau utuh berjuang.

Tiadalah penghalang untuk terus bertahan melainkan pemikiran yang sentiasa
positif dan kesabaran.
kita adalah pilihan, untuk melarikan diri dari ujian itu
pastinya tiada pilihan. 
namun kekuatan untuk menepis itu ada pilihan
sama ada hendak atau tidak berkehendakkan.

namun Allah,
kalau aku rebah, mohon bangunkan aku dan kuatkan aku.

Original by admin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...