بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 18 April 2016

Aku pendosa, juga ingin ke syurga


Sekalipun tangan ini pernah melakukan dosa
sekalipun mata ini pernah berdosa
dan sekalipun telinga ini terus-terusan berdosa,
namun hakikatnya mulut ini sering juga berdoa,
"izinkan aku ke syurga."

Ya Allah, malunya
malunya untuk pancaindera ini
kerana kehausanku pada dunia semata, ku gunakan mereka untuk dosa

kalau hari ini aku Engkau ambil
masihkah punya ruang untukku di syurga.
sekalipun ruang yang sedikit.
dosa-dosa ini menidakkan. Bimbang.

Ampunkanlah Allah
ampunkan dan hapuskan dosa aku, dosa kami
kerana pastinya tidak terdaya untuk tubuh ini merasa sakitnya bahan neraka
aku mengharapkan syurgaMU
sekalipun aku pendosa.

___kelip-kelip___

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...