بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 19 April 2016

Bagaimana mengawal rasa marah


Perasaan marah ini tidak dinafikan memang dirasakan oleh setiap orang
Ini lumrah rasa. Ada dalam diri. Orang yang tidak atau jarang marah
sekalipun pernah marah. Cuma kalau orang yang tidak pernah marah kita kena berhat-hati.
Jangan sampai mereka marah. Kalau sudah meletup kesabaran mereka,
kita yang terkesima.

Pesanan kelip-kelip mudah sahaja, janganlah buat orang lain marah pada kita.
Jaga perlakuan, perbuatan dan perkataan. :)
Bagi yang memang pemarah atau panas baran atau tiba-tiba jadi pemarah,
ada tip untuk kawal rasa tersebut. Take a look.

1) Berdoa ketika marah.

Istighfar. Ini helah syaitan bermain dengan perasaan kita.
Menghasut kita supaya marah dan marah. Kalau kita layan
mereka bersorak "horeeyy" lagi. Nak ke bagi mereka menang?

2) Jangan berdendam

Kalau sudah marah sekalipun jangan biarkan diri terus menyimpan
dendam. Yang sudah biarkan pergi. Jangan diingatkan. Biasanya
disebabkan dendam yang ada membuatkan kita jadi seorang yang
cepat marah. Perlu diingat, cepat marah cepatlah tua :) hehe

3) Imbas saat-saat manis

Ini boleh mengurangkan rasa marah. Cubalah. Mengimbau kenangan manis
mengingatkan kita bahawa "nobody is perfect." Semua orang pernah buat silap.
Kita sendiripun banyak silapnya. Kita bukan maksum.

4) Kekalkan menggunakan perkataan saya.

Bila marah, banyak perkataan-perkataan yang menyakitkan akan keluar dari mulut.
Ganti nama diri "saya" kadangkala bertukar menjadi "aku", Tapi percayalah,
kita akan menjadi semakin marah apabila menggunakan kata "aku".Tak percaya cuba.
Ehh, janganlah cuba...:D kitakan tengah berusaha untuk tidak menggunakan 
kata itu.

5) Berfikir sebelum bercakap.

Ini yang paling ditakutkan. "Terlajak perahu boleh kita undur, terlajak kata orang 
akan terasa." Silap-silap sampai kesudah mereka akan ingat perkataan
negatif yang kita muntahkan. Ngeri. Kalau marah, seboleh-bolehnya jangan
bercakap dan jauhkan diri seketika dari individu lain. Beri masa untuk hati dan perasaan
bertenang seketika. 

SELAMAT MAJU JAYA UNTUK HATI-HATI YANG TENANG :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...