بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 17 April 2016

Lidah itu akhlak

Picture from: Mr.Google

Kata pujangga, kadangkala perkataan itu lebih tajam dari pedang
mana tidaknya, sekiranya kata-kata itu dimuntahkan tanpa memikirkan 
perasaan orang lain, mampu membuatkan
seseorang sedih bertahun-tahun.

Kadangkala parut akibat perkataan itu nampak sembuh di luar
tapi masih bernanah di dalam
apa yang kelip-kelip bimbang, parutnya bernanah sepanjang zaman.

Ada yang bergaduh anak-beranak kerana perkataan
ada yang putus sahabat kerana perkataan
membenci sesama sendiri kerana perkataan
hebatnya lidah.

Namun sebagai seorang muslim yang beriman
sebutkanlah perkataan yang baik-baik
lidah yang baik melambangkan hati dan jasad yang baik

dan kadangkala juga
lidah mampu membawa kita ke syurga Allah (s.w.t)

Lidah itu akhlak, 
jaga lidah kita.
takkan kita hendak merosakkan akhlak kita kerana sekeping daging
yang ada dalam mulut ini?

hasil nukilan
owner
kelip-kelip

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...