بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 18 April 2016

Tuhan, padaMU aku bersandar

Picture from:Mr.Google

Tuhan, padaMU aku bersandar
kadangkala pelbagai rasa terbit dalam satu masa
kadangkala pelbagai masalah juga Engkau berikan pada satu masa
Izinkan aku bersandar, bukan mengalah tapi menghilangkan keletihan.

Tuhan, padaMU aku bersandar
menagih pertolongan untuk harapan demi harapan
ku cantum kuntum demi kuntum kekuatan
biar kuat tidak rapuh

Tuhan, padaMU aku bersandar
aku tahu hanya denganMU, aku punya segala
dan tiada satupun yang tertinggal jika aku denganMU

Tuhan, sungguh aku ingin bersandar
meminjam sedikit sifatmu yang Maha Kuat
dan mengapa aku bersandar padaMU ...
kerana Engkau Tuhanku
yang maha faham apa yang tersurat dan tersirat.

Kelip-kelip
18/4/16
7.20pm

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...