بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Monday, 18 April 2016

Ucapkan "Assalamualaikum"


Hari ini semakin banyak situasi tidak bertegur yang boleh dilihat terutamanya
di sekitar kawasan awam. Contohnya di stesen bas.
Terlalu ramai orang. Tetapi kenapa silaturahim tidak terjalin?
Ini kerana semuanya sibuk dengan "gadget" masing-masing.

Terlalu sukar untuk melihat sikap bertegur sapa sesama individu.
Sekiranya ada yang menegur, pasti dipandang pelik.
Sehingga begitu sekali. Jangan kata bersapa, senyumpun tidak.

Kenapa tidak kita amalkan apa yang dilakukan oleh Rasulullah.
Jumpa orang senyumlah dan ucapkan Assalamualaikum.
Walaupun memberi salam itu tidak wajib, tapi apa salahnya buat. 
Tidak kurang sedikitpun poket kita.
Malah Allah tambah lagi poket pahala untuk akhirat.

Kelip-kelip bimbang, hari semakin hari
bila zaman berubah zaman, sikap ini akan ditelan masa.
Amalan ini akan hilang.
dan semua orang akan jadi lebih "selfish", Dek kerana dalam diri tidak dipupuk
sikap kebersamaan

Nukilan Ikhlas: Kelip-kelip
19/4/16
10.56AM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...