بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 19 May 2016

Forum: Krisis Syria bersama Sheikh Samir Saqqa





Mana-mana orang yang berjalan bersama-sama dengan orang ramai bagi menegakkan

kebenaran, Allah akan tetapkan kakinya di titian siratulmustaqim.

Dan mana-mana orang yang bersama-sama membantu dalam membuat kezaliman,

Allah akan gelincirkan kakinya dari titian siratulmustaqim.



Ingatlah orang-orang yang membuat kezaliman, ini janji Allah. Kalau engkau tidak

takut makan teruskanlah dengan kezaliman itu. Namun harus diingat, balasan Allah

terhadap orang-orang yang zalim teramatlah dasyat. berkali-kali ganda dari kezaliman

yang dibuat oleh mereka sendiri.



Seandainya kita merasakan diri kita dizalimi, harus bangkit menentang kezaliman.

Jangan biarkan diri dipijak-pijak. Kembalikan maruah yang tercalar. Jangan takut,

syurga Allah itu terlalu mahal, dan Allah tidak akan sesenang-senangnya menganugerahkan

syurga kepada mereka yang beriman. Dia akan berikan ujian.



Jangan hanya menutup mata melihat saudara seagama kita di Syria, Afghanistan, Iraq dibunuh

dan dizalimi sesuka hati. Sebaliknya mari kita bersama-sama membantu mereka baik dari segi kewangan dan juga "doa". Bermohonlah kepada Allah semoga Allah menyelamatkan saudara

kita di Syria. Mana tahu, dengan doa kita Allah akan membuka pintu langit dan memakbulkan doa

kita.



Semoga pemerintah Syria bashar al-asaad laknatullah diberi pembalasan yang paling dasyat dari

Allah kerana menzalimi dan membunuh rakyat islam. Semoga Allah percepatkan kematian bashar. Syria sedang berdarah. Adakah kita hanya mahu melihat kezaliman ini. Teruskan berdoa.. Teruskan berdoa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...