بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 19 May 2016

Hudud itu hukum Allah! Jangan perlekehkan.


Kenapa di negara kita masih tidak menjalankan hudud?
dan kenapa masih ramai yang mengatakan bahawa hudud itu tidak relevan?
Ini hukum Allah, bagaimana mungkin ia tidak relevan. Menolak hudud bermakna
menolak hukum Allah. Tahu atau tidak akan balasan kepada mereka
yang menolak hukum ini?

Subhanallah, kita orang islam sendiri menyatakan hukum hudud tidak relevan.
Sedangkan orang-orang bukan islam seperti cina sangat bersetuju dengan hukum ini.
Seringkali mengatakan hudud tidak sesuai untuk masa kini, 
buatpun tidak lagi, sudah mahu membuat kesimpulan.

Nak tahu releven atau tidak, perlu jalankannya terlebih dahulu.
Hukum Allah ini tidak terhad oleh waktu atau masa. Relevan sepanjang masa. 
Yang membuat hukum ini Allah, pencipta apa yang ada di langit, di bumi dan diantara keduanya, maha tahu segala sesuatu. Kita yang khilaf, tidak tahu menahu apa yang
ada di depan atau belakang, mahu menyatakan tidak relevan. Layakkah?

Fahami maksud hudud terlebih dahulu sebelum menyatakan ia tidak boleh digubal.
Menurut syar'i, "hudud adalah hukuman-hukuman terhadap kejahatan yang telah ditetapkan
oleh syara' untuk mengelak daripada terjerumusnya seseorang kepada kejahatan
yang sama dan menghapus dosa pelakunya."

Kita lihat pula statistik jenayah di negara kita masa kini, semakin banyak atau sedikit?
Hampir setiap hari kita mendengar adanya jenayah ragut, curi dan sebagainya.
Kadar jenayah ini pula semakin meningkat dan terus meningkat. Kerana apa?
Kerana penjenayah ini semakin liar lagipula tidak ada undang-undang keras dikenakan
terhadap mereka. Kalau setakat bayar duit, atau penjara dua ke tiga tahun, mereka tak layan.
Keluar sahaja daripada penjara, perkara sama akan diulang.

Jenayah ini tidak akan pernah habis selagi mana kita tidak menjalankan undang-undang hudud.
Kalau sudah tangan dipotong, bagaimana lagi mahu mencuri? Dengan kakikah?
Memang susah hendak mencuri dengan anggota lain. Jadi menagapa hukum hudud
dikatakan tidak relevan.

Allah itu bijak. Hukum ini dibuat sendiri oleh pencipta kita yang maha bijak.
Kita manusia sombong dan berlagak menolak. Hendak menolak dibolehkan dengan syarat, 
tinggal di bumi lain. Bumi ini Allah punya, jalankan hukum Allah.
Bagaimana jawapan kita pada Allah di akhirat nanti sekiranya kita ditanya sebab kita
menolak mentah-mentah hukumNya. 
"Hukum ini tidak relevan," Begitukah?

Jangan perlambatkan lagi. Hudud ini sepatutnya dibuat di Malaysia dan di negara-negara
islam yang lain. Hukum Allah tidak ada satupun yang tidak relevan!.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...