بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 18 May 2016

Ketika kita sihat, di mana Allah?

Picture From: Mr. Google 

Ketika kita sihat, di mana Allah?
Ketika kita bersuka-ria, dimana Allah?
Ketika kita sibuk mengejar dunia. di mana Allah?
Kita seringkali melupakan Dia ketika kita gembira.

Namun 
Ketika hati sedang berduka, kita cari Allah
Ketika kita punya masalah, kita cari Allah
Ketika kita mahukan pertolongan, kita cari Allah.
Ketika kita dalam kepayahan, barulah kita cari Dia.

Tapi Allah tidak menolak, Dia masih menerima.
kerana Dia maha penyayang dan sentiasa menerima hamba yang datang kepadaNya.
Allahuakhbar. 
Kalaulah manusia, adakah mereka akan menerima orang-orang yang melupakan
mereka ketika senang dan mencari mereka ketika susah?
Pastinya ramai yang tidak.

Namun tidak Allah, sentiasa menerima.
Walaupun Dialah yang paling berkuasa, maha punya segala sesuatu.
Namun begitu, kita perlu ubah diri.

Jika kita mencari Allah ketika kita senang, pasti Allah ada
ketika kita susah.

Susah atau senang, sentiasa cari Allah.
Sentiasa meletakkan Allah dalam hati, fikiran dan kehidupan kita.
Jangan susah baru mencari. :)

Ikhlas: Kelip-kelip
19/5/2016
Khamis (12.37 pm)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...