بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Friday, 20 May 2016

Sebaik-baik wanita adalah yang tidak dikenali.


Subhanallah, adakah aku ini wanita yang baik?
adakah aku ini wanita yang sering bersembunyi daripada perhatian ajnabi?
adakah aku ini wanita yang berbangga-bangga dengan pujian ajnabi?

Tidak perlu bertanyakan Allah, sedangkan diri kita sendiri sudah mengetahui 
perbuatan yang telah diperbuat. 

Aku pernah meletakkan gambarku di ruangan sosial
dengan puluhan malah ratusan like daripada kaum lelaki dan wanita 
dengan puluhan comment yang berbentuk memuji-muji
malah ada juga yang re-post.. Allahuakhbar. Sepertinya kini aku sedar
ia dilelong dan diratah hebat pandangan mata-mata liar.

Aku sedar, aku bukan sebaik-baik wanita. Banyak khilaf.
Wajah ini telah dicabul oleh banyak mata. Malah aku berbangga. 
Aku biarkan gambar-gambarku menjadi tontonan umum 
Kalaupun auratnya ditutup, tapi wajah ini dipertontonkan. 
Tanpa segan.
Berdosanya aku.

Ya Allah,
hari ini aku semakin sedar, dan aku mahu menjadi salah seorang daripada wanita
yang sebaik-baiknya. Bukakanlah padaku pintu hidayahMu. Hidayah yang tidak
akan Engkau mengambilnya kembali.
Aku juga doakan Engkau memberi hidayah buat kaum hawa sepertiku yang lain.
kerana tanpa hidayahMu,
maka kami akan lalai dan terus lalai.

Amin.....



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...