بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 4 December 2016

Wahai Anakku

Sources: Mr.Google


Alhamdulillah
syukur dipanjatkan pada Allah. Setelah setahun lebih berkahwin akhirnya
daku disahkan mengandung.
Ketika tinta ini ditulis, kandunganku menjangkau 30 minggu.
Sedar tidak sedar, masa berlalu dengan sebegitu pantas.
InsyaAllah dengan izinNya, anak ini bakal dilahirkan Februari 2017.

Kata doktor, zuriatku ini berkemungkinan besar lelaki.
Aku tidak memilih untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.
Semua yang Allah aturkan ku terima kerana Dia tahu mana yang terbaik.
Alhamdulillah,

Doa dan harapan hati, semoga zuriat ini membesar dengan sihat
dan menjadi hamba Allah yang taat dan anak yang baik setelah dilahirkan nanti.
Amin. Sekiranya ada yang terbaca tinta ini, ku mohon aminkan bersama-sama.
Semoga anak-anak kita menjadi generasi yang sayangkan agama.
Sayangkan Tuhan mereka.

Buat suami, ini hadiah untuk kekasih hatiku.
Diharap kita sama-sama berusaha membentuk zuriat ini dengan sebaik mungkin.
Ini kenangan untuk kita berdua.
Moga anak ini memberi kebaikan yang paling besar buat kita berdua di dunia
dan yang paling utama, akhirat nanti.

Semoga keluarga kita dirahmati Allah....:)
I love u. Both!

5 December 2016
Monday
(10.22 am)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...