بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 27 April 2017

Ibu sayang Khalish


Untuk anak ibu, ini ibu Khalish masa muda-muda. Hikhik.
Ibu simpan gambar ni supaya Khalish dapat tengok ibu
Sekarang ibu dah makin tua. 
Kulit tidak lagi setegang dulu.
Langkah juga tak segagah dulu.

Kalau dulu ibu mampu berlari sama-sama dengan Khalish
sekarang sudah tidak lagi. Hanya mampu menjadi pemerhati sayang dari dekat 
dan jauh.
Di sudut hati ibu, terasa ingin kembalikan kenangan dulu
Bermain bersama Khalish
Bergerak semahu yang boleh.

Walau ibu tidak lagi mampu bermain sama-sama dengan anak ibu
Tapi ibu masih gagah untuk doakan kesejahteraan dan kebaikan untuk
Khalish dunia akhirat.
Sebab ibu sayang Khalish
Tersangat sayang.


Wednesday, 26 April 2017

A.Y.A.H

Inilah satu-satunya lelaki yang tidak pernah sekalipun lukakan hatiku
Tidak pernah mengangkat tangan atau menyakiti mana-mana bahagian
tubuhku hatta jentik sekalipun.
Tuhan, betapa berharganya dia untukku sebagai anak.
Tiada galang ganti.
Tidak pernah mampu diganti.
Itu AYAH.
(DARAMAN BIN SAAT)
Namanya membawa sinar dalam hidup ini.

Semoga Allah merahmati Ayah dunia akhirat.
yong sayang ayah.
26/4/17
(Rabu)
6.00 petang



Monday, 24 April 2017

Khalish 3 Bulan.

Yeayyyy!!!!
Happynya ibu dan abi. Khalish dah 3 bulan.
Rasa cepat masa berlalu. 
Khalish makin membesar dengan sihat. Alhamdulillah.
Ibu dan Abi doakan Khalish terus diberi kesihatan yang baik. Aminnnn....
Kami sayang Khalish. Jangan pernah lupakan kami ye.

Ada org nangishh nak tidur...














Ni gambar anak ibu yang tak mahu tidur.
Pukul 4 pagi bangun. Tak nangispun sayang..Bangun nak borak dengan ibu je.
Abi oncall. Tak dapat nak temankan Khalish.








Rumah diserang lebah

Rumah kena serang lebah???
Pengalaman jugak la bila lebah dengan beraninya bersarang dalam rumah.
Suami dgnku sempat jugak digigit mereka.
Haiwan ni sengatan dia berbisa. Suami sampai demam.
Daku disengat dekat belakang. Boleh tahan denyutan dia.

Dek kerana makin bertambah bilangan haiwan ini serta kami pula 
tak tahu punca dari mana datang, jadi kami telefon 999 untuk mengesan koordinat sarang
mereka. hehe.Akhirnya dapat tahu sarangnya ada di dalam siling bilik air.
Apa lagi, spray je la. Jadi tak dapat nak merasa madu. ;)

Gambar-gambar




Disebabkan Abi risaukan anak lelakinya Khalish, jadi ibu bawa Khalish
duduk dalam kereta je la. Ini lagi selamat untuk Khalish.
Tapi syiannn dia, bosan duduk dalam kereta hampir satu jam. ke lebih?



Bosan le tueee..;)








auuu chak...

Ni gambar lebah-lebah mati yang sempat suami ambil. 
Banyaknyeeeee.......




Rupanya lebah-lebah tu masuk melalui lubang ni. Hadesss...







Tuesday, 18 April 2017

I am the sulung (Khalish Rayyan's Biodata)


Nama: Muhammad Khalish Rayyan bin Nasri Najmuddin bin Mohd Nazri

Nama bapa: Nasri Najmuddin bin Mohd Nazri

Nama ibu: Che Haslinda binti Daraman

Umur: Ketika 19/4/17 saya dah 2 bulan lebih.

Tarikh lahir: 16 Februari 2017 (khamis)

Berat ketika lahir: 3.53 Kg

Tempat Lahir: Hosp. Kuala Krai Kelantan

Tarikh Luruh Pusat: 28 februari 2017 (selasa)

Tarikh Diakikahkan: 1 September 2017 (Jumaat-Raya AidilAdha)

Makanan dan minuman kesukaan: Susu ibu ;)


Biodata ini ditulis oleh ibu pada
19/4/17
(Rabu)
2.22 petang.




Khalish and Abi


Ni la Abi Khalish masa muda. hehe..
Khalish nak tau, Abi tak suka sangat bergambar. Ni pun gambar ibu curi-curi snap
untuk kenangan Khalish bila dah besar nanti.
InsyaAllah semua kenangan ibu pahat di sini untuk tatapan anak ibu abi..
we love u 



Masa ni Abi kekok lagi nak pegang Khalish
tapi bila dah lama, abi dah pandai salin pampers, pakai baju, pujuk Khalish tidur.
Basuh berak waktu ni tak pandai lagi. hehe...

Khalish First time dihantar ke pengasuh.

I'm still 2 months ;)


How do i look? hehe


muka confident kata moknik.


tadi confident, ni confius...
gambar bawah perlu dilihat dengan menyengekkan kepala ye kwn2 ;)








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...