بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Tuesday, 18 April 2017

Muhammad Khalish Rayyan bin Nasri Najmuddin bin Mohd Nazri

Pejam celik pejam celik, alhamdulillah daku selamat melahirkan baby boy
and his name is Khalish. Banyak dugaan ketika ku melahirkan puteraku. Dek kerana HB low
daku hampir pitam setelah keluarnya Khalish ke dunia.
Dan kerana itu juga dimasukkan dua beg darah ke tubuh ini. Terima kasih untuk penderma darah ini.
Alhamdulillah semuanya selamat dengan izin Allah.

Kini daku tahu mengapa besarnya kedudukan ibu untuk anak. 
Sakit perit dilalui dengan sabar. Sakit juga hilang setelah melihat wajah anak yang sekian
lama ditunggu. Syukur. Syukur. Syukur.

Ku kongsikan gambar untuk kenangan kita bersama wahai suamiku
Lihatlah anak ini dengan doa dipanjatkan
moga menjadi anak yang soleh...Amin..
Hadiah ini untukmu. Peliharalah sebaik mungkin anak kita...

Khalish, selamat datang ke keluarga kita
Ibu, abi sayang Khalish.

Khalish (New Born)
Hospital Kuala Krai
16 Februari 2017





Untuk Khalish:

Banyak sebenarnya yang mahu ibu ceritakan perihal khalish. 
Anak ibu dunia akhirat. 

15/2/2017
Ibu ke Hosp Gua Musang untuk check bacaan HB ibu. Bacaan rendah sangat. Kurang 10.
Bila Doktor Check air ketuban, ibu sedih sangat sebab Dr. cakap air ketuban kurang dan ibu perlu
ke Hosp Kuala Krai, sebabnya risau anak ibu akan lemas dalam perut. Doa dari ibu tak putus-putus
untuk Khalish. Semoga semuanya selamat. Doktor beritahu akan berikan ibu ubat untuk percepatkan lagi proses kelahiran sekiranya 16/2/17 ibu masih tak lahirkan Khalish. Tapi kuasa Allah. 
Tiada yang boleh jangka atau melawan. Khalish lahir jugak akhirnya..

Khalish tahu tak, masa mula-mula lahir Khalish dah pandai hisap susu. Suka ibu. Tapi waktu tu
susu ibu tak banyak lagi. Jadi Khalish merengek sikit. Tapi ibu suka Khalish nangis waktu tu
sebab ibu nakkk sangat dengar suara anak ibu yang ibu kandungkan 9 bulan.
Seronok.

Ibu ditahan dekat labour Room 3 hari disebabkan kurang darah. 
Tapi ibu tak kisah sebab Khalish dah lahir sebagai kekuatan untuk ibu. Ibu gagahkan diri jaga Khalish. Ibu nak ke bilik air pun tak berapa sempat sebab risau Khalish akan merengek nakkan susu.
Abi pulak tak selalu boleh masuk jenguk ibu. Waktu melawat barulah abi dapat cium Khalish. 
Ibu dapat tengok abi sayang Khalish.
Sayang sangat-sangat.

Lima hari kemudian barulah ibu dapat keluar dari hospital. Sepatutnya hari keempat ibu dah
boleh keluar. Tapi Khalish pulak yang kena admit sebabnya bacaan kuning 200++.
Kena tunggu lagi sehari. Tokmek dengan abang Aro tunggu Khalish tau.
Khalish jangan lupa ucap terima kasih ye pada mereka. 

Tokmie dan tokbah datang hari keempat nak tengok cucu sulung dia. Tapi tak sempat dah
sebab Nurse tak izin untuk lawat Khalish. Siannnn tokmie dengan tokbah.
Teringin sangat nak tengok. Tok ayah ada jugak datang. Pun tak sempat nak tengok.
Hurmm...Susah jugak ye nak jumpa anak ibu ni.
;)

Lepas balik dari Hosp. Kuala Krai, ibu, abi, tok ayah, tokmek kena ulang alik ke Hosp. Gua Musang 
pula untuk check up bacaan kuning Khalish. Hampir sebulan jugak ulang alik. 
Tapi kami semua tak kisah sebab dalam hati kami
sentiasa mendoakan kesihatan yang baik dan semakin baik untuk Khalish.
Akhirnya, anak ibu dah bebas kuning. Alhamdulillah....
Kekuatan ibu dah sihat sepenuhnya. hikhik...

Khalish,
ibu doakan Khalish jadi anak yang soleh. Paling utama
menjadi hamba Allah yang sentiasa taat dan sujud kepadaNya.
16 februari 2017 tarikh keramat buat ibu.
Lahirnya zuriat yang memberi seri dalam keluarga ibu. 

I love u so much.
Muhammad Khalish Rayyan bin Nasri Najmuddin
anak ibu...








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...