بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 18 March 2018

Videos of Khalish (March 2018)












Khalish main futsal ;)


18 March 2014
(8.00 Pagi)

Assalamualaikum anak ibu. 
Minggu ni macam biasa abi ke PLKN seminggu. Jadi tinggal la ibu dan Khalish
saja di rumah.
Anak ibu macam biasalah, bosan kalau duduk sahaja di rumah.
Jadi ibu bawak awak main bola di padang futsal.
Seronok la awak berjalan sebab kawasan luas.
Kita main buai sama-sama. 
Sepak bola sama-sama.

Ibu mahu jadi ibu yang terbaik dan sahabat yang terbaik untuk anak ibu.

I LOVE YOU















Thursday, 15 March 2018

Senjata Untuk Menghindari Fitnah DAJJAL | Ustaz Wadi Annuar

Tips elak anak tertinggal dalam kereta


TIPS ELAK ANAK TERTINGGAL DALAM KERETA 

1) Jangan letakkan kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu.

2) Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa kabin (termasuk tempat duduk penumpang
depan dan belakang) sebelum mengunci kenderaan anda.

3) Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak dalam kerusi mereka, alihkan
patung tersebut ke tempat duduk penumpang hadapan.

4) Jika anda membawa beg pakaian atau beg susu, letakkan di bahagian depan.

5) Letakkan barang penting anda di belakang bersama anak. Cth beg kerja.

6) Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh supaya call anda sekiranya anda
tidak tiba pada waktunya.


Gambar Kenangan Khalish dan Razif


Assalamualaikum anak ibu.
Hari ni terasa nak kongsi gambar Khalish dan Abang Razif.
Dua-dua umi jaga. Semoga diberi pahala yang berpanjangan untuk umi
sebab jagakan anak ibu bila ibu pergi kerja. 

16 March 2018

Waktu ibu nak ambil kunci rumah, ibu biasanya akan pandang dulu
gambar anak ibu yang ibu gantung di dinding rumah.
Tapi gambar ni dah renyuk memandangkan Khalish dah gigit gumpal. Hehe.
Gambar ni umi yang beri.

Jadi memandangkan ibu tak nak gambar ni hilang ataupun terkoyak
ibu bawa ke pajabat dan scan. Sebabnya ibu nak Khalish tengok bila dah besar nanti.
Tengok tu mata anak bertuah ibu, bulat betul. 
Geram nak gigit. ;)

Hentakan Tapak Kaki Dajjal | Ustaz Auni Mohamed

Wednesday, 14 March 2018

Akhir Zaman Penipu Akan DIJUNJUNG ! | Ustaz Wadi Annuar

Sabar


Sabar itu sememangnya melelahkan,
tapi ku percaya sabar akan membuatkan semua indah pada waktunya.

Allah sentiasa bersama hambanya yang sabar dan ikhlas.

Kesabaran adalah ubat yang terbaik setiap kesulitan.

Sabar itu tiada batasnya.

Ketika masalah datang,
Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat.
Allah hanya meminta kita sabar dan solat.


Orang Yang Ganjil di Akhir zaman-Ustaz Wadi Annuar

Taman Eko Cheras (Khalish jalan-jalan)


Assalamualaikum anak ibu.
Waahh... Abi bawak Khalish jalan-jalan ke Taman Eko Cheras ea....
Sebenarnya abi yang excited sangat nak pergi sana.
Sebab abi tak suka tempat-tempat yang ramai orang. Ibu pulak suka ke tempat beli belah
yang pastinya ramai orang. Hehe. :)

Anak ibupun nampak suka jugak ke sini,
Tengok pokok-pokok. Tapi lepas tu dah merengek.
Sebabnya letih dan nak tidur. Ibu kenal sangat anak ibu. Kalau keluar je mesti lebih 
bersemangat nak tidur.

Ni beberapa gambar ibu ambil untuk share dengan anak kesayangan ibu.























































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...