Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana sekali lagi ku diberi nikmat untuk merasa
mengandung untuk kedua kalinya. Mengandung adalah pengalaman yang paling
beri makna padaku. Dapat merasa bayi tendang, check up klinik, dimanja suami dan anak.
Banyak mengajar juga sebenarnya. Terutamanya mengajarku menjadi wanita yang
kuat dan kena tahan lasak. Tahan sakit-sakit sendi, migrain, jerawat,
juga tahan emosi yang turun naik.
Tak dapat ku nafikan juga, kadangkala terlepas juga emosi ini pada suami dan anak.
Ya Allah rasa bersalah jika difikirkan semula. Pada suami dan anak yang sangat ku sayang,
ku mohon banyak kemaafan kira ada bahasa dan perbuatan yang mengguris atau menyinggung kalian. Kadangkala, emosi ni tak dapat di kawal. Ibu minta maaf pada abi dan Khalish.
Macam biasa, kali kedua pregnant ku mengalami anemia, sel darah merah tak cukup.
Mcam-macam dah makan untuk naikkan HB ni especially kerang. Rasa sampai muak makan kerang.
Suami tersayang jugalah yang bantu basuh kerang. Rasanya suamipun dah muak basuh kerang. Hehehe. Tapi untuk isteri di kuatkan tangan basuh juga.
Memang susah untuk naikkan HB sebenarnya. Berkali-kali juga kena leter dengan suami merangkap
doktorku. Tapi apakan daya, tidak juga bertambah. Kadang rasa down dan sedih juga sebab kita dah usaha nak naikkan HB. Sehingga minggu ke 37, bacaan HBku adalah 10.1
Tu pun Alhamdulillah dah. Syukur dah rasanya.
Di minggu yang ke 36, doktor ada scan baby dan memberitahuku bahawa kedudukan kepala bayi tak lurus ke bawah. Kata doktor, baby mungkin masih bermain-main lagi. Hehe. So disebabkan itu, ku kena refer ke Hospital Kuala Lumpur untuk berjumpa pakar. Pakar beri masa seminggu untuk melihat kedudukan bayi. Katanya perlu tunggu hingga 37 minggu baru scan semula bayi. Alhamdulillah, sampai minggu ke 37, kepala bayi sudah lurus ke bawah cumanya tak masuk ke tempat yang sepatutnya. Kata doktor, jika masih belum masuk, bayi boleh lagi memusingkan badannya.
Rasa takut juga. Tapi ibu tahu, anak ibu anak soleh. Anak ibu akan bantu ibu walaupun masih dalam kandungan. InsyaAllah...
Inilah pengalaman mengandungkan anak ke-2 yang tak dapat dilupakan. :)
Untuk suami, doakan mucyuk diberikan kesenangan melahirkan anak kedua kita.
Semoga kesakitan ini juga dapat meluruhkan dosa-dosa yang terlalu banyak.
Aminnn....
First baby scan.
Second baby scan
Kali kedua ni dapat tahu jantina bayi. It's a boy! ;)
Alhamdulillah. Ibu dah ada 3 orang bodyguard termasuk Abi.
Baby ni akan diberi nama Yusuf. InsyaAllah. Semoga anak ibu Khalish dan Yusuf
menjadi anak yang soleh dan paling utama menjadi hamba Allah yang beriman.
Amin...