بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Sunday, 10 February 2019

Khalish dan Cetaphil


Assalamualaikum anak ibu Khalish.
Anak ibu apa khabar? Semoga Allah memberikan kesihatan dan ketenangan hati
buat anak ibu. Hari ni ibu nak kongsikan gambar dan video Khalish.
Gelagat lucu anak ibu sedang korek krim muka ibu.
Ibu tinggalkan Khalish sendirian dalam bilik sebab ibu nak bersihkan botol susu Khalish.
Abi pula tengah solat. Ibu panggil khalish beberapa kali tapi tak ada response.
Bila abi selesai solat, ibu mintak abi tengokkan Khalish sedang buat apa.
Tiba-tiba ibu dengar abi gelak besar. Abi minta ibu ke bilik.
Nahhhh, terkejut ibu. Habis putih muka, baju dan toto terkena krim cetaphil.
Bukan main seronok Khalish korek krim tu. Ibupun tak tahu nak marah ke nak gelak.
Hehe. Tapi yang pastinya ibu seronok tengok gelagat lucu Khalish. :D





















Khalish, Umar dan Amar


Assalamualaikum anak ibu Khalish.
Hari ni ibu nak kongsikan gambar Khalish balik kampung jumpa cousin Umar dan Amar.
Ibu dapat cuti sepuluh hari (1/2/2019-10/2/2019), Jadi Abi bawa kita balik
Kelantan dan Terengganu. Seronok la Khalish dapat jumpa tok mek, tok ayah, tokki dan tokmie.
Seronok juga dapat main dengan sepupu dan main pantai.
Khalish memang suka sangat main air. Berpanaspun tak apa asalkan dapat main ombak. :)
Ada masa dan rezeki, kita balik kampung lagi. InsyaAllah.
Ibu dan Abi sayangkan Khalish dan kami doakan Khalish jadi anak yang soleh
yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin...











 Masa ni Umar dan Amar dah pandai panjat penyidai baju tokmek, tapi Khalish tak berani
sangat lagi. :) So Khalish dok bawah je.

 Khalish minta ibu letakkan Khalish atas batang penyidai. Nak join Umar dan Amar jugak. ;)








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...