I am better than your ex, and better than your next
Bismillahirrahma nirrahim…assalamualaikum sahabat
cuteku.
Uhuk-uhuk. Hari ni saya nak kongsikan sedikit petua
untuk kurangkan rasa sedih anda kiranya ada di antara kita yang putus cinta.
Hurmm…jangan la sedih sangat erk kalau anda putus
cinta. Memang la susah nak hilangkan rasa rindu yang hadir tanpa dipinta. Tapi
kan ada banyak cara yang boleh kita try untuk kurangkan rasa rindu tu. Jom saya
beritahu tip-tipnya:
1.
Habiskan
masa bersama rakan.
(ni salah satu tip yang boleh anda guna. Jangan la duduk terperap dalam bilik
je. Lagi la kuat rindu tu. Cuba keluar jalan-jalan ke sambil makan ice-cream.
Takpun petang-petang keluar exercise dengan kawan-kawan.)
2.
Menyanyi. ( Menyanyipun boleh
kurangkan tekanan anda tau! J tak perlu la ke tempat yang exclusive. Bukak
je laptop comel anda dan bukak lagu kegemaran anda. Apa lagi, nyanyi la. Tak bestpun tak apa. Yang penting membawa
kepuasan hati. Opss, kejap-kejap. Jangan bukak lagu jiwang. Takut nanti makin
parah. Hehe.)
3.
Cuba
berfikiran positif.
( berfikiran positif bermaksud berfikiran yang waras dan jangan terlalu emosi.
Jangan layan sangat bisikan-bisikan rindu dalam hati. Cuba tarik nafas
dalam-dalam dan relaks. Kalau ada jodoh dengannya, insyaAllah tak kemana.
Allahkan ada. Jadi tak kisah sangat la kalau dia tak adapun. J )
4.
Dekatkan
diri pada Allah.
( yang ni ubat yang paling mujarab. Walau bagaimana lemah sekalipun hati,
bisiklah pada Allah rasa pedih anda. Memang Allah dah tahu setiap isi hati
anda. Tapi kita perlu jugak bercerita pada Allah. Allah sentiasa setia
mendengar tanpa jemu walaupun banyaaakkkkk sangat perkara yang kita ceritakan
padaNya.)
5.
Percaya
bahawa kita lebih baik daripada bekas teman wanitanya dan lebih baik dari teman
wanitanya sekarang.
( tak rugipun kita kehilangannya, tapi dia yang perlu rasa rugi kerana
kehilangan kita. Hehe. Kerana kita lebih baik sebenarnya. Dan lagi satu, yakin
pada diri bahawa orang yang akan datang nantipun lebih baik darinya. Amin…)

















































