بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 30 July 2020

Khalish shopping ke Nsk


Assalamualaikum anak ibu Khalish dan Yusuf yang berjaya di dunia dan akhirat.
Apa khabar keduanya...Ibu doakan kedua-dua kesayangan ibu diberikan kesihatan yang baik dan
dirahmati Allah sentiasa...
Hari ni ibu nak kongsikan gambar bang long khalish ke Nsk. Shopping bersama umi dan kakak.
Sehari sebelum ke Nsk ni, Umi ada bawa bang long ke kedai 2CO...Shopping dah. Hari ni shopping lagi ye...Umi cakap bang long minta vitagen la. Lepas tu umi siap belikan baju sedondon lagi untuk bang long dan adik Yusuf. Hurmmm...Umi manjakan anak-anak ibu...Ibu bersyukur sangat dipertemukan dengan umi untuk jagakan anak-anak ibu kerana umi jaga Khalish dan Yusuf dengan sangat baik.
Ni gambar yang umi whatssap untuk ibu. Jadi ibu nak kongsikan untuk anak-anak ibu.
Oppsss..Umi tak bawa Yusuf sekali sebab anak soleh ibu Yusuf kecil lagi. 9 bulan. Tambahan masalah covid yang bertambah. Jadi Umi tak bawa...Untuk kebaikan anak ibu juga..

LOVE YOU BOTH SO MUCH...
(Waktu ni bang long berumur 3 tahun 5 bulan)








Wednesday, 29 July 2020

Sewaktu kecil


Dulu, sewaktu kecil...
Kita sering tersenyum. Suka. Masalah tidak bawa pada derita.
Tak kenal apa itu ujian. Bahkan tak tahupun itu adalah ujian.
Yang kita tahu, hanya gembira. Yang kita mahu hanya ceria.

Kini, bila kita mula dewasa...
Kita sering murung. Fikir ujian terkadang datang bertimpa.
Murung. Fikir masalah yang melanda.

Tapi sewaktu ini kita tidak terfikir.
Kecil mahupun dewasa, kita tetap punya Tuhan yang sama.
Dia yang beri kita senyum sewaktu kecil... Dan Dia juga beri kita murung sewaktu dewasa.
Bukan Tuhan nak susahkan kita.
Bahkan nak menguatkan kita. 

Dulu dan sekarang...Usah dibimbangkan..
Buat apa nak takut.. Kita punya Tuhan.
Dia yang senantiasa memerhati. Bahkan sentiasa di sisi.
Terus berjalan walau sukar.
Kerana setiap langkah yang dilalui dengan sabar, pasti punya kebaikan yang akan
terbongkar.

Monday, 27 July 2020

Umi bawa Khalish Shopping


Ehem-ehem....Seronoknya abang long pergi shopping dengan umi dan kakak yeee...
Pagi ibu bawa abang long teman pergi klinik Yusuf. Petang pulak umi bawa pergi shopping. 
Seronok la ni dapat car lagi. Sayang betul umi dekat abang long dan Yusuf. Umi tak bawa Yusuf sebab Yusuf kecil lagi. Nak bawa ke tempat awam tak sesuai lagi. Jadi Umi bawa abang Long je. Tapi biasanya umi tetap beli toy untuk Yusuf. ;) Yusuf jangan marah tauu...
Besar nanti jangan lupakan Umi. Umi juga yang besarkan abang long dan Yusuf selain daripada ibu dan abi. Terima kasih Umi sebab jagakan Khalish dan Yusuf dengan baik.
Terima kasih sangat-sangat.








Sunday, 26 July 2020

Khalish, Yusuf dan Azis


Assalamualaikum anak soleh ibu Khalish dan Yusuf. 
Anak ibu yang berjaya di dunia dan akhirat. 
Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan dan ketengan hati buat anak-anak ibu. InsyaAllah. Amin...

Ni Azis. Antara bestfriend abang long waktu kecil. Yusuf sempat jumpa tapi tak sempat nak kenal lagi sebab waktu ibu menulis blog ini Yusuf baru saja 9 bulan. Kalau Azis ke rumah umi, maka abang long lah yang paling ibu nak syubit. Hikhik.. Sebab apa? Sebab abang long tak nak balik rumah ibu.
Tidur rumah umi bersama Azis. Hurmm...Syiann ibu dan Yusuf kena tinggal. 
Tapi ibu tak marahpun. Asalkan ia boleh buat anak ibu suka dan senang, InsyaAllah ibu izinkan. ;D


















Yusuf 9 Bulan


Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Masa terus berlalu. Anak ibu juga semakin membesar. Dulu ibu ingat kecik sangat sampaikan ibu nak pegangpun tak berani sangat. Sekarang Yusuf dah pandai bangun sendiri pegang bucu kati. Pegang kerusi, meja dan apa-apa saja yang boleh bantu Yusuf untuk bangun berdiri. Semoga kekuatan yang Allah berikan untuk Yusuf ini akan terus kekal dalam diri Yusuf sampai bila-bila kerana ibu nak Yusuf tetap kuat walau tanpa ibu abi.
Amin... Gambar ni di ambil waktu Yusuf 9 bulan. 27 July 2020 (Genap Yusuf 9 bulan). Ibu bawa Yusuf ke Klinik untuk Check up.
Nurse kata semua normal. Berat dah 9 Kg. Normal BMI. Tinggi semua normal. Alhamdulillah.
Ibu doakan kesejahteraan anak soleh ibu Yusuf dan bang long Khalish di dunia dan akhirat. Amin...







Koleksi selfie Ibu dan Yusuf


Assalamualaikum anak bijak ibu Yusuf. Anak soleh ibu apa khabar hari ni. Semoga Allah terus menjaga Yusuf dan bang long Khalish di dunia dan akhirat. Hari ni ibu nak kongsikan gambar ibu dan Yusuf selfie. Tak banyak sangat yang dapat ibu snap sebabnya Yusuf gerak. Jadi gambar tak cantik sangat. Macam mana tak gerak sebab suka sangat dengan cermin mata ibu yeee..Hikhik. Tengok ni...


Usaha nak cabut cermin mata ibu. Rasa macam nak gigit je ensyem boy ibu ni. Muah. Jadi oleh kerana itu ibu ambik video saja. Lagi senang. Memang nak anak soleh ibu gerak-gerakpun...
Semoga ia menjadi kenangan untuk Yusuf nanti. Ibu sayang Yusuf sangat-sangat. 

...LOVE YOU...






Koleksi gambar selfie Ibu dan Khalish


Assalamualaikum anak soleh ibu Khalish. Awww! Comelnya anak ibu. Hari ni Khalish teman ibu ke Klinik untuk check up anak soleh ibu Yusuf. ;) Abi bawa Yusuf ke Klinik. Ibu dan Khalish tunggu di luar. Sebabnya tak boleh masuk ramai dalam Klinik. Covid-19 tak selesai lagi. Semoga Allah menarik semula penyakt ini. Amin... Jadi ibu memang ambil kesempatan untuk selfie dengan Khalish. Memandangkan anak ibu saaaaangat handsome hari ni. Bagi ibu Khalish senantiasa handsome...Semoga jadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat sayang.

...LOVE YOU...

























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...