Inilah antara masa yang tidak mampu malah tidak akan dapat
diputarkan semula. Masa yang mana diri tidak begitu mengenali dugaan.
Yang ada pada ketika ini adalah hanya kegembiraan
belajar dan bermain bersama rakan.
Begitu rindu pada waktu ini.
Pastinya hanya gambar yang boleh melekatkan memori ini terus
ke hidupku. Walaupun ia satu masa yang telah lama ditinggalkan.
Pasti rindu.
Semoga gambar ini suatu ketika nanti
di saat rambutku tiada lagi yang hitam, mampu mengimbau lagi
detik manis bersama mereka.
Aku sentiasa merindu.
21/10/16
Jumaat (9.26 AM)
di: Metexsteel Sdn Bhd
