Pernah hati meronta memohon cinta itu dipanjangkan, namun jodoh tidak bertahan.
Pernah hati meraung minta cinta dipertemu, namun jodoh tetap diam membisu.
Pernah hati menangisi cinta yang kononnya tiada sempadan, namun jodoh tiada muncul
menunjukkan bayang.
Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Semuanya berlaku dengan keizinan Allah.
Cinta yang dipertemukan olehNya tidak bermakna akan berakhir dengan jodoh yang berpanjangan.
Kadangkala ia hadir sebagai pembayang kepada ciri-ciri jodoh yang mendatang.
Allah tidak mendera hati, sebaliknya Dia menguatkannya.
Jadi jangan bersedih sekiranya cinta kita tidak dipanjangkan Allah,
setiap yang berlaku ada hikmahnya,
atau mungkin cinta lama kita itu sebenarnya tidak mampu untuk melayan karenah kita.
Sebab itulah Allah jauhkan dia daripada kita awal-awal lagi.
Keep smiling .:)
