Assalamualaikum.... :)
Hari berganti hari, bulan berganti bulan...
kelip-kelip tahu sukar untuk kita hadapi hari-hari yang penuh
dengan cabaran.
penuh dengan perkara yang menguji iman kita.
kadangkala kelip-kelip pernah mengeluh.
tipisnya iman ini, hinggakan masalah yang tidak seberapa diluahkan dengan keluhan.
Astaghfirullahalazim....
Aku bermohon keampunanMu ya Allah.
Ampunkan kami yang kadangkala alpa bahawa Engkau ada bagi kami
untuk memohon pertolongan.
Kelip-kelip nak share doa ni buat kita-kita semua.
biarpun banyak masalah,
Tuhan tetap ada. Dia sedia membantu jika kita yakin padaNya.
Allah ada segalanya.
Allah ada kekuatan.
Jadi jika kita inginkan kekuatan,
carilah Allah.
Tuhan kita yang senantiasa setia..:)