بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Thursday, 25 April 2019

Sekiranya Tuhan buka aibku


Aku pendosa tegar.
Hariku tak pernah bersih dari dosa.
Kalaupun setitis nila besarnya, tetap dosa.

Kelmarin aku berbuat dosa.
Hari ini masih ku laku
esok pasti lagi ku perbuat.

Tapi Tuhan maha kasih,
Dia tutup aibku
agar tidak terlihat di mata luar akan gelapnya hati
dek dosa yang menggunung.

Namun, jika Allah perlihatkan,
aku pasti ramai yang menjauh
kerna bukan sahaja buruk yang terlihat
tapi busuknya juga mampu buat kau menjauh.

Semoga Allah terus menutup aibku 
ketika hidupku dan ketika matiku.


Tuesday, 23 April 2019

Not me Quotes


I am learning to love the sound of my feet walking away from
things not meant for me.

I may not be perfect, but i am always me.

I have always loved the idea of not being what people expect me to be.

You do not have to like me because i am not Facebook status.

Like me for i am and not for who you want me to be.
Take it or leave it. That simple.



Friday, 5 April 2019

Jumaat barakah (Ustaz Khalish)




Gambar banyak yang tak jelas sebab anak ibu sibuk berjalan. Hehehe..



Terlalu banyak perkara yang ibu nak beritahu pada anak soleh ibu.
Dan semoga gambar dan video ini mampu menceritakan sesuatu pada Khalish
jika ibu tidak berkesempatan untuk menceritakannya atau ada saki baki yang
tertinggal pada jalan kisahmu...Ibu sayangkan Khalish.

Khalish face reaction








Thursday, 4 April 2019

Ibu, Khalish dan BOBOBOI





Pesta buku 2019 PWTC. (Khalish dan Umar)


















My Abang sado (Khalish)


Assalamualaikum anak ibu.
Rasanya sudah beberapa bulan ibu skip tinta ibu di blog ini.
Hari ini ibu punya masa untuk titipkan beberapa keping gambar anak soleh ibu.
Ketika ini Khalish sudah 2 tahun 2 bulan plus plus dah :)
Besar dah anak ibu. Dan ketika ini juga ibu nak beritahu khalish,
ibu sedang kandungkan adik khalish.
Sekarang adik Khalish dan 10 minggu lebih dalam perut ibu.
Ibu harap Khalish jadi abang yang terbaik untuk adik ye.
Kiranya ibu pergi terlebih dahulu, ibu amanahkan adik untuk Khalish.
Jaga dan sayang adik sebagaimana Khalish sayangkan diri sendiri ye.
Ibu tahu Khalish akan jadi abang yang paling baik untuknya.
Ibu sayang keduanya. Tiada lebih dan tiada yang terkurang. Sayang yang sama
untuk Khalish dan adik.
Love both of you so much. :)


















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...