Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Akhirnya mek dan ayah dapat juga ke Makkah.
Bumi barakah. Semoga Allah permudahkan urusan mek, ayah dan mok.
Yong doakan kesejahteraan mek, ayah dan mok dari kejauhan.
Semoga Allah menjemput yong dan ahli keluarga kita yang lain pula ke Makkah.
Amin ya rabbal alamin.
Sedih melepaskan mek, ayah dan mok. Tak pernah sejauh ini mek dan ayah tinggalkan yong
dan keluarga. Namun jauh di sudut hati juga, rasa syukur atas kurniaan Allah pada mek, ayah dan mok. Terima kasih mek dan ayah kerana menjaga yong dengan baik. Mendidik yong dengan baik
sehingga yong jadi insan...
Semoga Allah menerima umrah mek, ayah dan mok.
Semoga Allah mengampunkan dosa mek, ayah dan mok.
Dan semoga Allah menghadiahkan syurga buat mek, ayah dan mok.
Yong sayang mek, ayah dan mok.
Harta yang paling bernilai buat yong dunia dan akhirat.
26 Februari 2020 (Rabu)-Gambar kenang-kenangan.
Alhamdulillah, mek ayah dan mok telah sampai ke Makkah.
Syukur kepada Allah.
Gambar yang di hantar oleh Mutawwif mek, ayah dan mok.