Kalaulah kita tahu, Allah itu penyayang.
Kita tidak akan menyalahkan Dia untuk segala ujian
kerana pasti ada hikmah.
Kalaulah kita tahu, Allah itu pengampun.
Pasti kita tidak berputus asa mohon pengampunan
kerana Allah pasti ampunkan dosa bagi mereka yang ikhlas.
Kalaulah kita tahu, Allah mendengar.
Pasti kita luahkan segala masalah kita padaNya,
kerana kita tahu, Allah punya jalan penyelesaian.
Kalaulah kita tahu, Allah maha pemurah.
Pastinya tiada lubang-lubang haram dalam mencari rezeki
kerana kita yakin, pasti ada rezeki yang Allah sediakan untuk kita
rezeki yang halal.
Kalaulah kita tahu.
Namun, adakalanya kita tahu, tapi kita pura-pura
sepertinya kita tidak tahu.








