بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.

Wednesday, 31 July 2019

Abi dan Khalish mandi kolam


Assalamualaikum suamiku dan anakku Khalish.
Hari ni ibu nak kongsikan gambar buah hati ibu, Abi dan Khalish mandi kolam.
Kedua-duanya memang susah nak bergambar. Tak macam ibu, pantang tengok camera. Hehehe.
Tapi ibu berusaha jugak la snap gambar kalian untuk kenangan kita bersama.
Ibu sayang suami dan anak ibu. Walau terkadang ibu ada marah kalian berdua, 
tapi ketahuilah dalam hati ini, ibu cukup sayang Abi dan Khalish.
Ibu minta maaf untuk kekurangan ibu. Ibu tahu ibu bukanlah isteri yang terbaik untuk Abi, dan tidak
juga ibu yang terbaik untuk Khalish.
Tapi kalian tetap suami dan anak yang terbaik yang telah Allah kurniakan untuk ibu.
I LOVE YOU.
Sekiranya ibu tiada lagi bersama kalian, ingatlah ibu dan kirimkanlah doa untuk ibu.
Ibu juga sentiasa mendoakan kejayaan Abi dan Khalish di dunia dan akhirat.Amin...






















Gambar ni kita berada di sepang. Ibu dah terlupa nama hotel apa. Tapi kita menginap di sini
2 hari satu malam. Abi belanja. Lama dah tak tidur hotel kata Abi.
Hari kedua Abi dan Khalish mandi kolam. Pagi-pagi lagi dah turun kolam renang. Mata anak ibu
bengkak lagi. Baru bangun tidur la katakan. ;) 

DAY 2













Ni pula gambar ibu dan Khalish otw ke Sepang.
Khalish kalau dah pakai cermin mata hitam, mula suruh ibu ambil phone. 
Nak bergambar kata Khalish. Masa ni senang sikit nak bergambar dengan anak ibu sebab
Khalish sendiri yang request. :)


































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...